awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi magnitud 5.5 landa utara Peru - GFZ
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah susulan pengambilan untung
Addie Azwan ketua jurulatih futsal kebangsaan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tak pernah jadi budak hilang semasa perbahasan UMNO'

Bernama
Bernama
29/11/2014
10:55 MYT
'Tak pernah jadi budak hilang semasa perbahasan UMNO'
Pertama kali dalam sejarah Perhimpunan Agung Umno, pengerusi tetapnya terpaksa menghentikan seketika sesi perbahasan untuk buat pengumuman budak hilang. -Gambar hiasan
Pertama kali dalam sejarah Perhimpunan Agung UMNO, pengerusi tetapnya terpaksa menghentikan seketika sesi perbahasan untuk membuat pengumuman kanak-kanak hilang.
Tan Sri Badruddin Amiruldin membuat pengumuman itu semasa Ketua Pemuda Umno Puchong, Azmir Yuzaimi Mohd Yunos sedang membahaskan usul agama dan pendidikan apabila Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh membawa kanak-kanak itu ke tepi pentas utama Perhimpunan Agung Umno 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang memakai baju bercorak belang merah, hitam dan biru itu dipercayai terpisah daripada kedua ibu bapanya di PWTC, di sini.
"Tak pernah dalam sejarah perhimpunan masa perbahasan ada budak terpisah daripada ibu dia," kata Badruddin sambil menyuruh kanak-kanak tersebut menyebut 'UMNO' bertujuan memujuk.
Semasa pengumuman itu dibuat, lensa kamera lintas langsung kemudiannya memfokuskan wajah kanak-kanak itu yang boleh dilihat di skrin litar tertutup di sekitar PWTC.
Kanak-kanak yang tidak diumumkan namanya dan difahamkan berasal dari Taiping itu kemudiannya dibawa ke belakang pentas oleh Ab Rauf, sementara menunggu untuk diserahkan kepada ibu bapanya.
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#Badruddin Amiruldin
#Perhimpunan Agung UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan