awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak salah beri jawatan kepada orang yang kerja keras menangkan parti - Tun M

Firdaus Azil
Firdaus Azil
07/10/2019
12:59 MYT
Tak salah beri jawatan kepada orang yang kerja keras menangkan parti - Tun M
Perdana Mneteri , Tun Mahathir Mohamad pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mempertahankan keputusannya melantik Datuk Junaidah Kiting, yang juga merupakan isteri kepada setiausaha politik beliau sebagai Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia.
Bercakap kepada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana malam ini, beliau berkata, individu berkenaan mempunyai kelayakan untuk memikul tugas berkenaan.
“This is the problem we faced. We are not supposed to give any position kepada orang yang bekerja keras untuk menjayakan parti kita. Sebaliknya yang dapat nikmat jawatan tertinggi adalah orang yang tak pernah tolong parti kita.
“Jadi amat kecewa orang yang bekerja bertungkus-lumus untuk memenangkan Pakatan Harapan, tetapi mengikut keputusan yang dibuat kita tak boleh lantik mereka walaupun mereka berkelayakan,” katanya kepada sidang media selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, malam ini.
Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, tidak ada salahnya untuk mereka berbuat demikian memandangkan individu terbabit mempunyai kelayakan, walaupun mempunyai kaitan dengan ahli parti politik.
“Jadi adakalanya kita pilih orang yang ada kaitan sedikit dengan parti kerana dia nya mempunyai kelayakan dan kita akan terus lakukan perkara sama kalau kita dapati ada orang yang ada kaitan dengan parti, bekerja kuat dengan parti, tetapi ada kebolehan untuk menjayakan tugas itu,” katanya lagi.
Sebelum ini timbul kontroversi mengenai pelantikan yang dibuat, kerana Junaidah merupakan isteri kepada Abu Bakar Yahya, Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir.
Kontroversi itu timbul selepas Pakatan Harapan berulang kali menegaskan tiada lagi lantikan politik ke atas syarikat dan agensi berkaitan kerajaan, selepas mereka berjaya menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lepas.
Topic Berkaitan
#Abu Bakar Yahya
#Barisan Nasional
#Junaidah Kiting
#lantikan politik
#Mahathir Mohamad
#Majlis Presiden Pakatan Harapan
#Pakatan Harapan
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan