awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
Polis serbu rumah penampungan, tahan 22 pendatang tanpa izin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Takdir Allah satukan BN dan PH - Ahmad Zahid

Sinar Harian
Sinar Harian
02/08/2023
01:00 MYT
Takdir Allah satukan BN dan PH - Ahmad Zahid
Takdir Allah yang mempertautkan hubungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sehingga membentuk Kerajaan Perpaduan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar SINAR HARIAN
SEREMBAN : Takdir Allah yang mempertautkan hubungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sehingga membentuk Kerajaan Perpaduan.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri tidak pernah terfikir ia boleh berlaku.
"Sembilan bulan yang lalu, pernah tak kita terfikir orang PKR (Parti Keadilan Rakyat) dengan kita? Dia kutuk kita, kita kutuk dia. Itu sebab kita kalah.
"Tapi Allah telah takdirkan. Kita lihat bagaimana saudara kita dari PKR, Amanah (Parti Amanah Negara) dan DAP yang sanggup melupakan garis-garis pemisah lalu demi kepentingan rakyat dan Kerajaan Perpaduan," katanya ketika berucap pada Program Santai Bersama Rakyat di Desa Sri Pantai, di sini, pada Selasa.
Menurutnya, keterbukaan untuk menjalinkan kerjasama itu bagi memastikan kestabilan politik negara selain menyambut titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya membentuk Kerajaan Perpaduan.
Bagaimanapun, katanya, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kepada Seri Paduka Baginda yang pihaknya tidak mahu bekerjasama.
"Jadi PH mempunyai 82 kerusi Parlimen dan BN mempunyai 30 kerusi. Syarat membentuk kerajaan ialah 112 kerusi Parlimen
"Kalau itu bukan takdir Allah, apa namanya? Tak kurang satu dan tak lebih satu pun," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, berterima kasih kepada Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu yang bersedia menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng kepada BN.
Ujarnya, kesediaan itu sebagai bukti semangat perpaduan dan kemuafakatan antara BN dan PH. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#takdir Allah
#BN dan PH bersatu
#Zahid Hamidi
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan