[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
POLITICS

Taklimat Khas Presiden UMNO Sabtu ini - Ahmad Maslan

Astro Awani 24/08/2022 | 02:15 MYT
Ahmad Zahid (foto) dijangka menyampaikan Taklimat Khas Presiden, Sabtu ini. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka menyampaikan Taklimat Khas Presiden, Sabtu ini.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ciapan di laman media sosial Twitter, pada Rabu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berdasarkan ciapan, taklimat yang bakal diadakan di Dewan Merdeka World Trade Centre (WTC) itu berkisar mengenai isu semasa dan terkini.
"Kesemua Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian dan pimpinan dijemput hadir dengan mengenakan pakaian baju merah UMNO," katanya.
#Taklimat Khas Presiden #Ahmad Maslan #baju merah UMNO #Dewan Merdeka World Trade Centre