awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambah baik pengurusan parti perlu dilaksanakan - Redzuan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
28/11/2021
09:31 MYT
Tambah baik pengurusan parti perlu dilaksanakan - Redzuan
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, mengambil kira senario yang berlaku pada PRN Melaka, rombakan wajar dilakukan bukan hanya di peringkat negeri, malahan struktur pentadbiran secara keseluruhan perlu dilaksanakan segera. - Astro AWANI
ALOR GAJAH: Penambahbaikan dalam pengurusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu dilakukan bagi membolehkan asas perjuangan penubuhan parti berkenaan dapat dikembalikan.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, mengambil kira senario yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, rombakan wajar dilakukan bukan hanya di peringkat negeri, malahan struktur pentadbiran secara keseluruhan perlu dilaksanakan segera.
"Saya berpendapat bukan sahaja rombakan di (peringkat) negeri wajib dibuat tetapi (parti) perlu melihat semula struktur pentadbiran secara keseluruhan yang melibatkan pengurusan parti itu sendiri.
"Struktur pentadbiran contohnya (membabitkan) apa yang telah dipilih dan dilantik kita kekalkan, cuma kena ada penambahbaikan dari segi pengurusan (parti) termasuk membabitkan keahlian dan gerak kerja menghadapi pilihan raya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Alor Gajah di A Famosa Resort, di sini petang Ahad.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah terdahulu mengulas mengenai peletakan jawatan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Jumaat lalu.
Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata, terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menilai semula gerak kerja bagi meneruskan agenda parti dalam menjadi sebuah parti alternatif untuk mendukung perjuangan bangsa dan agama.
"Ianya bergantung kepada keputusan pimpinan tertinggi bukan sahaja melibatkan susun semula negeri tetapi memperhalusi cara (parti) mengurus dan mentadbir peringkat pusat dan itu terpulanglah kepada presiden.
"(Kerana) pentingnya untuk semua kembali kepada perjuangan asal Bersatu yang mana jika asasnya parti ini ditubuhkan dahulu contohnya untuk memerangi kleptokrasi, adakah itu telah dianggap selesai?" tambahnya.
Justeru, beliau mengharapkan kelemahan dalam gerak kerja parti yang telah diperakui menjadi antara punca kepada kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada PRN lalu dapat dijadikan iktibar.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Mohd Redzuan Md Yusof
#pak wan
#PRN Melaka
#Ahli Parlimen Alor Gajah
#Mohd Rafiq Naizamohideen
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan