POLITIK
Tan Sri Muhyiddin setuju sertai jelajah PKR dalam siri penerangan isu 1MDB
Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) akan bersama PKR dalam siri jelajah bagi menerangkan isu-isu mutakhir termasuk 1MDB. -Gambar fail
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bersama PKR dalam siri jelajah bagi menerangkan isu-isu mutakhir termasuk berhubung syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jelasnya, ia dilihat gerakan bagi mengajak rakyat untuk bersama serta menyebar maklumat yang disasarkan dalam medium yang lebih mudah difahami.
Walaupun menafikan akan menyertai PKR, Tan Sri Muhyiddin bagaimanapun menyatakan sokongan kepada inisiatif parti itu.
"Saya fikir kerjasama yang penting untuk menangani isu negara itu sesuatu yang tidak boleh kita elakkan. Soal ahli atau tidak bukan isu, (tapi) semangat juang yang ada.
"Yang penting saya harap inisiatif PKR menjemput semua pihak itu paling utama dan hendaklah ditumpukan sekarang ini," katanya semasa sidang media khas di sini hari ini.
Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin dilaporkan berkata penubuhan sebuah wadah politik baharu hanya akan berkesan sekiranya ia dipersetujui secara konsensus oleh rakan-rakan pimpinan parti pembangkang yang lain.
Beliau turut bersetuju dengan cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu yang akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk Pakatan Harapan (PH), PAS dan pertubuhan masyarakat sivil.