awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah rizab Melayu: Ketua Pembangkang Perak lapor SPRM

Aida Aziz
Aida Aziz
07/06/2023
06:20 MYT
Tanah rizab Melayu: Ketua Pembangkang Perak lapor SPRM
Razman (tengah) bercakap kepada pemberita pada sidang media di pekarangan pejabat SPRM Perak, di Meru Raya, di sini pada Rabu. - Foto Astro AWANI
IPOH: Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pengurusan tanah rizab Melayu di negeri ini.
Isu berkenaan membabitkan 1,600 ekar tanah rizab Melayu yang dipercayai dipecah kepada 317 lot dan dijual kepada bukan Melayu dengan harga RM412,800 bagi satu lot di Sitiawan.
"Laporan hari ini merupakan rentetan daripada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini, pihak Perikatan Nasional (PN) telah membawa satu usul.
"Ia bagi dibahas secara terperinci mengenai pindah milik tanah di Sitiawan, sebab kita dapati terdapat pelanggaran peruntukan yang menyebabkan pertukaran tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu.
"Namun usul tersebut telah ditolak oleh Speaker dan jawapan secara umum diberi YAB Menteri Besar ketika menjawab soalan YB Trong, mengenai pindahan tanah berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di pekarangan pejabat SPRM Perak, di Meru Raya, di sini pada Rabu.
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Perak, Rosli Abd Rahman dan Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad.
Katanya lagi, tindakan itu dibuat bagi memastikan hak perlembagaan yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara dan Enakmen Rizab Tanah Melayu dipelihara, seperti kewajipan bagi mewujudkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan tanah rizab Melayu.
"Kita menggesa kerajaan negeri memandang serius isu ini dan perlu pencerahan kepada rakyat supaya imej kerajaan yang memerintah dilihat bersih.
"Besarlah harapan saya dan rakan-rakan supaya siasatan ini dapat meleraikan kegusaran rakyat negeri ini khususnya orang Melayu sebagai kaum majoriti," katanya.
Terdahulu, Razman diiringi Rosli dan Dr Najihatussalehah menyerahkan laporan berhubung isu tersebut kepada pihak SPRM.
Sebelum ini media melaporkan Perak akan membawa isu pemilikan tanah rizab Melayu oleh syarikat bukan Melayu melalui penjualan syer saham syarikat Melayu sebagaimana berlaku di Sitiawan, kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diambil perhatian dan tindakan sewajarnya.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata beliau telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan para pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, berkenaan hal tersebut.
Menurutnya, hasil perbincangan itu, SSM memaklumkan tiada mana-mana peraturan di bawah Akta Syarikat Malaysia 2016 yang boleh menyekat atau menghalang mana-mana syarikat meminda perlembagaannya termasuk bagi tujuan penjualan saham syarikat, sama ada kepada Melayu atau bukan Melayu.
Topic Berkaitan
#pembangkang Perak
#lapor SPRM
#tanah rizab Melayu
#Razman Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan