[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
POLITICS

Tangani perbuatan hina pemimpin negara - Presiden Pakatan NGO Pro-BN

Bernama 09/01/2016 | 14:39 MYT
Jurucakap Pakatan Badan Bukan Kerajaan Pro Barisan Nasional, Zulkarnain Mahdar (kiri) menunjukkan gambar poster yang mengaibkan pemimpin negara selepas membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing, Sabtu. - Gambar Bernama
Polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), dan Peguam Negara hari ini disaran menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap pihak menyebarkan gambar
yang dianggap menghina pemimpin negara di media sosial.
Menyarankan demikian, Presiden Pakatan Badan Bukan Kerajaan Pro-Barisan Nasional (Pro BN) Zulkarnain Mahdar berkata, perbuatan seumpama itu, jika dibiarkan, dikhuatiri akan memberi impak negatif kepada generasi akan datang.
Zulkarnain bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini hari ini berhubung gambar disifatkan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
#Peguam Negara #SKMM #Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia #Zulkarnain Mahdar