SHAH ALAM: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengingatkan Kerajaan Perpaduan agar tidak berdendam dengan golongan berpendapatan tinggi atau T20.
Menurutnya, keputusan untuk tidak lagi memberikan subsidi elektrik kepada golongan itu hanya mendatangkan masalah yang lebih kepada rakyat.
"Kita jangan berdendam dengan kumpulan ini, (kerana) mereka juga penyumbang kepada ekonomi. Merekalah yang akan mencipta peluang pekerjaan kepada pekerja.
"Kita kena faham, ini teori asas ekonomi. (Sepatutnya kerajaan kena) anggap kumpulan ini (T20) penting.
"Jangan kita mengenakan kenaikan (tarif subsidi elektrik) secara mendadak, apabila mereka sesak nafas orang lain akan terkesan khususnya pekerja," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan golongan T20 tidak akan lagi menerima sebarang subsidi sama ada untuk penggunaan elektrik mahupun untuk menunaikan haji di Makkah.
Jelasnya, sistem penyelarasan data iaitu Pangkalan Data Utama (PADU) yang dijangka siap menjelang hujung tahun ini akan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang sepatutnya layak.
Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, tindakan kerajaan menghukum golongan itu hanya mendatangkan kesengsaraan kepada rakyat memandangkan rata-rata majikan terdiri daripada kumpulan T20.
Katanya, tidak mustahil disebabkan ketiadaan subsidi berkenaan majikan akan membuat pilihan untuk memberhentikan pekerja atau menaikkan harga produk mereka.
"Kalau pekerja telah dipecat, siapa yang menanggung kesengsaraan, siapa hendak bela? Ini hanya akan menyebabkan masalah berlarutan.
"Sebab itu saya kata, dalam kes ini, tanyalah pihak industri. Tengoklah mereka yang meniaga kecil. Apa kesan (apabila ketiadaan subsidi elektrik)," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 02 2023
Menurut Ka Siong, keputusan untuk tidak lagi memberikan subsidi elektrik kepada golongan itu hanya mendatangkan masalah yang lebih kepada rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Pemilihan MCA: Wee dicabar bekas ahli Jawatankuasa Pusat untuk jawatan presiden
Wee yang merupakan penyandang presiden MCA berkata, ia menunjukkan proses demokrasi kekal subur dalam parti itu.
Tarif elektrik: Jangan berdendam dengan T20 - Ka Siong
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengingatkan Kerajaan Perpaduan agar tidak berdendam dengan golongan berpendapatan tinggi atau T20.
Ka Siong umum letak jawatan Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meletak jawatan sebagai Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru dan tidak akan bertanding untuk mempertahankannya dalam pemilihan parti kali ini.
PRU15: Wee Ka Siong anggap kerusi Parlimen Ayer Hitam sudah sebati dengan dirinya
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong menganggap kerusi Parlimen Ayer Hitam sudah sebati dengan dirinya selepas empat penggal menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan.
Presiden MCA Wee Ka Siong tiba menghadap Agong
Kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih membawa Wee Ka Siong memasuki Istana Negara pada jam 11.50 pagi.
MCA sentiasa dalam 'mod bertempur', siap sedia hadapi PRU15
MCA sentiasa dalam 'mod bertempur' untuk berdepan segala kemungkinan termasuk pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.
Satu penghargaan, kepercayaan kepada MCA - Wee Ka Siong
Wee berterima kasih kepada Muhyiddin kerana memberikan kepercayaan kepadanya untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Pengangkutan yang serba mencabar.
MCA hantar surat rasmi bubar BN pada masa sesuai
MCA akan menghantar satu surat rasmi berhubung keputusan resolusi parti itu yang mahu membubarkan Barisan Nasional dan membentuk pakatan baharu.
Jangan benar agenda Dr Mahathir rampas hak rakyat - Tiong Lai
Beliau berkata tindakan Dr Mahathir kembali semula ke medan pilihan raya umum lebih berpaksikan kepada agenda peribadi dan dendam terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri.
DAP sanggup korban maruah demi undi - Liow
Beliau berkata demi undi Melayu, DAP rela mengorbankan maruah dengan mengetepikan simbol parti sendiri walaupun ia merupakan parti senior dalam pakatan pembangkang.