awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarik sokongan: Kerajaan tak pinda perlembagaan setiap hari - Khaled

Hilmi Malik
Hilmi Malik
11/09/2023
11:51 MYT
Tarik sokongan: Kerajaan tak pinda perlembagaan setiap hari - Khaled
Bukan semua perkara memerlukan sokongan dua per tiga di Dewan Rakyat sebaliknya cukup dengan sekadar majoriti mudah. - Gambar fail
SHAH ALAM: Pindaan Perlembagaan Persekutuan tidak dilaksanakan setiap hari, yang menetapkan kerajaan perlu memperoleh sokongan dua per tiga di dalam Dewan Rakyat.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebaliknya berkata, terdapat beberapa perkara yang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah.
“Itu hak dia. Bukan kita bergerak memerlukan dua per tiga, hanya kalau dirasakan kalau hendak pinda perlembagaan. Kita tidak pinda perlembagaan tiap-tiap hari.
“Kita percaya hendak pinda perlembagaan mesti bermatlamatkan sesuatu yang baik dalam negara. Saya percaya kalau politik tidak toksik, kalau benda itu baik, semua parti akan sokong, maka dapatlah dua per tiga.
“Cuma secara khususnya bila sampai masa nanti, kita akan tengoklah macam mana. Bukan semua 'benda' perlu dua per tiga, sesetengah perkara hanya perlukan (sokongan) majoriti mudah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutup Minggu TVET Digital Polycc 2023 di sini, pada Isnin.
Khaled menjelaskan perkara itu berikutan tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Tindakan itu dibuat susulan keputusan mahkamah terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan tanpa bebas atas 47 pertuduhan.
Tindakan bekas Menteri Belia Dan Sukan itu juga menjadikan kerajaan ketika ini hanya memperoleh 147 sokongan di Dewan Rakyat.
Syed Saddiq pada Isnin turut dilihat mula berada di Blok Pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat hari ini.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Mohamed Khaled Nordin
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Dewan Rakyat
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan