awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tawaran dibuat sekali sahaja, terserah KJ buat keputusan'

Sinar Harian
Sinar Harian
25/06/2023
01:15 MYT
'Tawaran dibuat sekali sahaja, terserah KJ buat keputusan'
Hamzah berucap pada Himpunan Pakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) masih terbuka untuk menerima sebarang keputusan daripada Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung tawaran menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan peluang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berpandangan, tawaran berkenaan cukup dibuat sekali sahaja kepada bekas Ahli Parlimen Rembau itu.
“Kalau dia (Khairy) main tarik tali tak apa, pada saya apabila presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) cakap sekali sahaja, kemudian cukup.
“Sama ada dia terima atau tidak itu terpulang kepada dia,” katanya pada pemberita selepas berucap pada Himpunan Pakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini pada Sabtu.
Sebelum ini, Muhyiddin mengakui menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu kepada Khairy, jika beliau mahu menyertai parti itu.
Muhyiddin mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas bekas Menteri Kesihatan berkenaan dipecat daripada UMNO pada Januari lalu.
Media kemudian melaporkan Khairy seolah-olah memberi gambaran menolak tawaran itu semasa pertemuannya dengan Muhyiddin pada Isnin lalu.
Beliau bagaimanapun berkata akan mempertimbangkan semula tawaran tersebut atas permintaan Muhyiddin. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainudin
#Khairy Jamaluddin
#tawaran menyertai Bersatu
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan