POLITIK
Tekad sendiri sertai PKR, tanpa dipaksa mana-mana pihak, kata Tengku Zafrul
Tengku Zafrul diwawancara oleh wartawan Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, malam tadi, sebelum beliau berangkat ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji. - Gambar Bernama
SEPANG: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangannya dalam UMNO, namun mengesahkan tekadnya untuk berhijrah ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata, keputusan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR diambil hasil pertimbangan mendalam dan sepenuhnya yang datang daripada dirinya sendiri, tanpa dipaksa atau dipengaruhi mana-mana pihak.
"Keputusan ini bukanlah satu keputusan yang mudah, tetapi saya telah memikirkannya secara mendalam. Saya menghargai mereka yang memahami hak saya sebagai individu dalam memilih hala tuju politik saya.
"Terima kasih saya ucapkan kepada Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) serta rakan-rakan dan ahli-ahli UMNO yang telah banyak membantu, memberi sokongan dan dorongan sepanjang saya aktif dalam UMNO," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.
Beliau turut memohon agar diberikan ruang untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada rukun Islam kelima itu bersama keluarganya, di samping memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan sepanjang hubungan persahabatan beliau dengan pelbagai pihak.
"Insya-Allah, saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan negara dan kemakmuran seluruh rakyat Malaysia ketika berada di Tanah Suci," katanya.
Tengku Zafrul turut ditanya mengenai desakan sesetengah pihak agar beliau meletakkan jawatan menteri memandangkan ia merupakan kuota UMNO.
"Saya ingin memberi fokus kepada ibadah haji dan saya serahkan segala urusan itu kepada kebijaksanaan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Presiden UMNO," katanya.
Pada Jumaat, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO bagi menyertai PKR.
Tindakannya itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi, termasuk daripada Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang meminta agar kekosongan jawatan menteri yang ditinggalkan Tengku Zafrul dikembalikan kepada UMNO kerana lantikan berkenaan dibuat atas kuota parti itu.
Ahmad Zahid pada Sabtu mengesahkan bahawa Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan telah menerima surat rasmi berhubung peletakan jawatan Tengku Zafrul.
Dalam masa sama, Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Tengku Zafrul untuk menyertai parti berkenaan.
-- BERNAMA