awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teng sahkan letak jawatan sebagai ahli jawatankuasa Pusat Parti Gerakan

Bernama
Bernama
19/05/2016
01:51 MYT
Teng sahkan letak jawatan sebagai ahli jawatankuasa Pusat Parti Gerakan
Teng dilantik sebagai Pengerusi BN negeri pada April 2012 menggantikan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. - Gambar fail
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow hari ini mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan pada Mac lepas.
Namun, beliau berkata kedudukannya sebagai pengerusi BN negeri tidak berubah kerana tidak mengemukakan sebarang surat peletakan jawatan.
"Saya telah mengambil cuti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Parti Gerakan Pulau Pinang berkuat kuasa dari 15 Mei hingga 15 November 2016.
Cuti saya diterima oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan telah dimaklumkan kepada Presiden Parti Datuk Seri Mah Siew Keong," katanya dalam kenyataan, di sini.
Teng yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat pada 2013 berkata sepanjang beliau bercuti, Naib Pengerusi Gerakan negeri Oh Tong Keong diberi tanggungjawab untuk menjalankan segala kuasa sebagai pengerusi seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.
Pada Mei 2013, Teng meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Gerakan dan Pengerusi BN negeri berikutan kekalahan teruk parti gabungan itu dalam pilihan raya umum ke-13 di Pulau Pinang, namun dilantik semula sebagai Pengerusi Gerakan negeri pada April 2014.
Beliau dilantik sebagai Pengerusi BN negeri pada April 2012 menggantikan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Topic Berkaitan
#mah siew keong
#Parti Gerakan Pulau Pinang
#Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow hari ini mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan pada Mac lepas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan