POLITIK
Tengku Zafrul sah sertai PKR, kini ahli cabang Ampang
Tengku Zafrul menjawab soalan media Malaysia ketika melakukan lawatan di Pavilion Malaysia bersempena Expo 2025 Osaka pada Jumaat. -
OSAKA: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan bahawa permohonan keahlian beliau menyertai parti PKR telah diterima dua minggu lepas.
Beliau berkata beliau kini merupakan ahli PKR bagi cabang Ampang.
"Saya tidak ingat tarikh (penerimaan permohonan), tapi ia adalah ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti," katanya kepada media Malaysia di sini hari ini ketika melakukan lawatan di Pavilion Malaysia bersempena Expo 2025 Osaka.
Pada 30 Mei lalu, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan menyatakan niat untuk menyertai PKR.
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, berkata, semua permohonan keanggotaan PKR dilakukan melalui kaedah memohon secara dalam talian.
"Setiap permohonan akan melalui proses biasa, yang mana selepas permohonan dibuat secara dalam talian, ia akan diproses dan dibentang dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
"Permohonan itu akan dipertimbang sewajarnya sebelum keputusan dibuat dengan mengambil kira pelbagai sudut pandang, termasuk pandangan rakan rakan dalam Kerajaan Perpaduan serta pendapat akar umbi," katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.