Tengku Zafrul sah tawar diri bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

Astro Awani
Januari 31, 2023 22:00 MYT
Menurut Zafrul, lanskap politik yang semakin dinamik membuka ruang persaingan yang sihat dan membina. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam pemilihan parti itu nanti.
Tengku Zafrul menyifatkan langkah itu signifikan dalam usaha membina ‘tapak’ politik khidmat bagi tempoh jangka masa panjang.
“Ya, jika diberi peluang, saya dengan rendah diri menawarkan diri bertanding jawatan MKT UMNO untuk menyumbang khidmat kepada parti,” kata beliau dalam mesej ringkas kepada Astro AWANI.
Menurut Zafrul, lanskap politik yang semakin dinamik membuka ruang persaingan yang sihat dan membina.
“Politik ini sifatnya dinamik, dan yang paling penting ialah sentuhan efektif membantu untuk memartabatkan masyarakat dan negara.
“UMNO sebuah parti yang berpengalaman dan Barisan pemimpinnya matang menempuh jatuh bangun politik, justeru saya percaya pemimpin dan akar umbi parti mahu melihat gabungan kepimpinan yang lebih dinamik dan pelbagai latar untuk pastikan proses pengukuhan parti pasca PRU15 dapat berjalan dengan baik,” katanya.
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz #Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri #MKT UMNO #Pemilihan UMNO