POLITIK

[TERKINI] Abu Bakar Hamzah angkat sumpah Menteri Besar Perlis baharu

Abd Hadi Che Awang 28/12/2025 | 08:23 MYT
Abu Bakar mengangkat sumpah jawatan yang berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, di Bilik Hijau, Istana Arau, pada Ahad. - Foto Astro AWANI
KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah sah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis ke-12.


Ringkasan AI
  • Abu Bakar Hamzah, 57, dilantik sebagai Menteri Besar Perlis ke-12 selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, di Istana Arau.
  • Beliau, yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Perlis, menang kerusi DUN Kuala Perlis pada PRU15 dengan majoriti 154 undi.
  • Peletakan jawatan Menteri Besar Perlis sebelum ini oleh Mohd Shukri Ramli atas faktor kesihatan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ia selepas Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis itu selesai mengangkat sumpah jawatan yang berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Bilik Hijau, Istana Arau, kira-kira jam 4 petang pada Ahad.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyampaikan watikah Menteri Besar Perlis kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis pada 4.04 petang ini di Istana Arau hari ini. - foto Bernama


ADUN Kuala Perlis angkat sumpah MB Perlis baharu

Abu Bakar yang juga merupakan Ketua Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Perlis dilantik sebagai Menteri Besar bagi menggantikan ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli yang meletakkan jawatan, Khamis lepas akibat masalah kesihatan.

Pelantikan ADUN Kuala Perlis ke jawatan berkenaan sekali gus menamatkan desas-desus konflik politik di negeri Perlis sejak seminggu yang lalu.

[TERKINI] Sidang media MB Perlis yang baharu

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Rahimi Ismail menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa Raja Perlis berkenan untuk melantik Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu selaras dengan Perkara 37 dan 39 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis.

Abu Bakar sebelum ini memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan majoriti 154 undi.

Pada PRU15, PN Perlis memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN, dengan sembilan kerusi dimenangi ADUN Pas dan lima oleh Bersatu, manakala Pakatan Harapan (PH) menerusi PKR memenangi satu kerusi.



















Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah yang dilantik sebagai Menteri Besar Perlis ke-12 berdasarkan artikel ini?
    A: Abu Bakar Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, 57 tahun.
  • Q: Apakah jawatan terdahulu Abu Bakar sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Perlis?
    A: Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis.
  • Q: Berapakah majoriti undi yang dimenangi oleh Abu Bakar dalam PRU15 untuk kerusi DUN Kuala Perlis?
    A: Majoriti 154 undi.
  • Q: Apakah sebab utama peletakan jawatan Menteri Besar Perlis sebelum ini seperti yang diumumkan oleh ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli?
    A: Peletakan jawatan secara sukarela atas faktor kesihatan.
  • Q: Apakah acara penting yang berlangsung semasa Abu Bakar Hamzah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perlis ke-12?
    A: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, di Bilik Hijau, Istana Arau.



#Menteri Besar Perlis #Abu Bakar Hamzah #ADUN Kuala Perlis #PN #angkat sumpah #Raja Perlis #terkini #konflik politik Perlis