[TERKINI] AGM MIC sebulat suara lulus usul keluar BN, sertai PN
![[TERKINI] AGM MIC sebulat suara lulus usul keluar BN, sertai PN [TERKINI] AGM MIC sebulat suara lulus usul keluar BN, sertai PN](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-11/61763268142_agmmic.jpg)
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, memberitahu, keputusan itu membuka jalan bagi MIC untuk memohon secara rasmi untuk menyertai PN. - Foto MIC
SHAH ALAM: Mesyuarat Perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-79 MIC sebulat suara bersetuju meluluskan usul untuk keluar dari Barisan Nasional (BN) dan menyertai Perikatan Nasional (PN).
Ringkasan AI
- Mesyuarat AGM ke-79 MIC sebulat suara bersetuju keluar dari BN dan menyertai PN bagi membangun platform baharu yang inklusif serta memberi suara lebih luas kepada masyarakat India di Malaysia.
- Keputusan ini diambil selepas pertimbangan teliti terhadap situasi politik negara dan keupayaan MIC untuk memainkan peranan yang efektif dalam BN.
- Walaupun keputusan telah dibuat, ia akan ditangguhkan sehingga mesyuarat CWC bagi membuat keputusan terakhir.
“Setelah mengambil kira situasi politik semasa negara, serta berdasarkan penilaian menyeluruh terhadap kedudukan dan kepentingan MIC dalam gabungan BN.
“Kerjasama sedia ada tidak lagi memberi ruang yang mencukupi untuk MIC memainkan peranan yang efektif bagi memperjuangkan kepentingan masyarakat India dan menyumbangkan secara bermakna kepada pembangunan nasional di tanah air kita.
“Dengan ini Mesyuarat Perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-79 MIC sebulat suara bersetuju untuk MIC bersedia untuk menamatkan penyertaan dalam gabungan BN.
“Ia bagaimanapun tertakluk kepada proses dan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan MIC,” katanya ketika ucapan Pindaan Perkembagaan dan Resolusi pada AGM MIC di sini, pada Ahad.
Menurut Saravanan lagi, keputusan itu diambil setelah perbincangan yang mendalam dan teliti dalam kalangan ahli akar umbi, pimpinan peringkat bahagian, cawangan serta kepimpinan MIC negeri dan Pusat, pemegang jawatan serta perwakilan dari seluruh negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


