POLITIK
[TERKINI] AGM MIC sebulat suara lulus usul keluar BN, sertai PN, Presiden masih berteka-teki
SA Vigneswaran memberitahu, dua usul dikemukakan pada AGM termasuk cadangan untuk keluar dari BN dan menyertai PN. - Foto MIC
SHAH ALAM: Mesyuarat Perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-79 MIC pada Ahad sebulat suara bersetuju meluluskan usul untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyertai Perikatan Nasional (PN).
Ringkasan AI
Bagaimanapun, para perwakilan turut bersetuju keputusan muktamad berhubung perkara itu ditangguhkan sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) akan datang, bagi memberi ruang kepada kepimpinan tertinggi parti membuat pertimbangan menyeluruh.
Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran ketika sidang media bagaimanapun dilihat masih berteka-teki mengenai hala tuju sebenar parti, sambil menegaskan CWC akan memutuskan sama ada MIC akan memilih PN atau mana-mana gabungan lain termasuk Pakatan Harapan (PH).
Menurut Vigneswaran, dua usul dikemukakan pada AGM hari ini, pertama, cadangan untuk keluar dari BN dan menyertai PN.
"Kedua, memberi mandat penuh kepada CWC serta presiden untuk membuat keputusan arah tuju politik parti.
"Bukan soal keluar atau tidak… itu memang sudah jelas. Persoalannya adalah siapa dan bila.
"Kami berterima kasih kepada para perwakilan kerana memberi peluang kepada kami untuk membuat keputusan.
"Dalam setiap langkah menyertai gabungan baharu, banyak pertimbangan perlu diambil kira, sama ada gabungan itu benar-benar mempunyai aspirasi setiap kaum, adakah akan berlaku pindaan Perlembagaan dan banyak lagi perkara yang memerlukan jawapan," katanya pada sidang media selepas AGM, di sini pada Ahad.
Seramai 1,808 perwakilan hadir pada AGM kali ini.
Dalam pada itu, Vigneswaran menegaskan, keputusan penting seperti itu memerlukan penelitian yang lebih mendalam, justeru masa tambahan diperlukan bagi membolehkan CWC menilai semua aspek sebelum memilih gabungan politik baharu.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bila keputusan itu akan dibuat.
Ringkasan AI
- Mesyuarat AGM ke-79 MIC sebulat suara bersetuju keluar dari BN dan menyertai PN bagi membangun platform baharu yang inklusif serta memberi suara lebih luas kepada masyarakat India di Malaysia.
- Keputusan ini diambil selepas pertimbangan teliti terhadap situasi politik negara dan keupayaan MIC untuk memainkan peranan yang efektif dalam BN.
- Walaupun keputusan telah dibuat, ia akan ditangguhkan sehingga mesyuarat CWC bagi membuat keputusan terakhir.