POLITIK
[TERKINI] 'Beri laluan kepada orang muda, anak tempatan Kota Belud' - Rahman Dahlan
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan umum tidak bertanding di DUN Tempasuk, beri laluan kepada anak muda tempatan UMNO Kota Belud, sambil terus menyokong parti. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: “Beri laluan kepada anak muda anak tempatan Kota Belud.”
Ringkasan AI
Itu alasan yang dikongsikan Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan di laman media sosialnya, susulan keputusan beliau untuk menarik diri dari bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk,
Abdul Rahman, yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Belud berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Saya telah memberitahu YAB Presiden bahawa saya ingin memberi laluan kepada muka baharu dan anak tempatan Kota Belud untuk mewakili parti UMNO di DUN Tempasuk.
“Saya telah bertanding tiga kali di parlimen Kota Belud (2013, 2018 dan 2022). Dua kali menang dan sekali kalah. Dalam ketiga-tiga pertandingan itu, UMNO tetap memenangi undi di DUN Tempasuk walaupun kalah di kerusi parlimen.
“Saya percaya anak tempatan dari UMNO Kota Belud akan dapat menggalas tanggungjawab ini dengan cemerlang,” katanya lagi.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan, susulan keputusan Abdul Rahman, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan kerusi DUN Tempasuk akan diisi oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan Norjan.
Pada 9 November lalu, BN mengumumkan Rahman yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Belud akan mewakili parti itu di kerusi DUN Tempasuk.
Pada PRN Sabah 2020, DUN Tempasuk dimenangi Mohd Arsad Bistari daripada BN dengan majoriti 1,685 undi dalam saingan enam penjuru.
Mohd Arsad kemudian memutuskan untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor pada Langkah Kinabalu 2023 dan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Dalam pada itu Abdul Rahman berkata, sebagai ahli parti, beliau akan terus membantu parti melalui kapasiti yang lain.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada parti dan YAB Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri yang telah mengumumkan pencalonan saya pada 9hb November yang lalu.
“Begitu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan penyokong UMNO di DUN Tempasuk atas sokongan yang telah diberikan kepada saya selama ini,” tambahnya.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Abdul Rahman Dahlan memberi laluan kepada anak muda tempatan Kota Belud untuk bertanding di DUN Tempasuk, menarik diri daripada pertandingan tersebut.
- Bekas Ahli Parlimen Kota Belud ini percaya anak tempatan UMNO Kota Belud mampu menangani tanggungjawab dengan baik, mengambil kira rekod kemenangan UMNO di DUN Tempasuk sebelum ini.
- Keputusan Abdul Rahman ini menyebabkan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan Norjan diumumkan menggantikan beliau dalam pertandingan DUN Tempasuk setelah sebelum ini dimenangi oleh BN pada PRN Sabah 2020.