Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
POLITIK

[TERKINI] BN fokus PRN Sabah, masa depan MIC masih teka-teki

Pia Ernadya 19/11/2025 | 10:31 MYT
Zambry (foto) berkata semua parti komponen memahami keperluan menumpukan perhatian kepada pilihan raya di Sabah terlebih dahulu sebelum membincangkan isu lain dalam gabungan itu. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) akan memberi keutamaan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebelum menetapkan tarikh Mesyuarat Dewan Tertinggi bagi membincangkan masa depan parti MIC.


Ringkasan AI
  • BN beri keutamaan kepada persiapan PRN Sabah sebelum membincangkan masa depan MIC, kata Setiausaha Agung, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
  • Parti komponen BN faham pentingnya tumpuan kepada pilihan rakyat Sabah sebelum hal ehwal lain dibincangkan.
  • Kemungkinan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN berlangsung selepas PRN Sabah, kata Zambry; perwakilan MIC telah menyokong usul menamatkan penyertaan dalam BN.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, semua parti komponen memahami keperluan menumpukan perhatian kepada pilihan raya di Sabah terlebih dahulu sebelum membincangkan isu lain dalam gabungan itu.

LAPORAN KOMPREHENSIF, CALON TUMPUAN DAN PERKEMBANGAN TERKINI PRN SABAH

“Saya percaya kita akan berikan keutamaan (terhadap isu MIC). Semua parti komponen mempunyai kesefahaman (tentang isu MIC).

"Namun, sekarang ini kita berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, jadi kita selesaikan itu dulu,” katanya.

KENALI HERO SABAH ANDA DI SINI. MAIN SEKARANG!

Ditanya mengenai kemungkinan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN diadakan selepas PRN Sabah, Zambry memberi bayangan ia bakal berlangsung.

“Begitulah… keutamaan itu akan ditentukan di peringkat Jawatankuasa Tertinggi nanti. Bila? Saya jangkakan akan ada selepas (PRN Sabah),” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 2025, di sini, pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan perwakilan MIC ketika AGM ke-79 di Shah Alam sebulat suara menyokong usul menamatkan penyertaan dalam BN dan menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk menentukan masa yang sesuai bagi berbuat demikian serta membentuk jajaran baharu.

Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran, menjelaskan bahawa Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu akan meneliti usul perwakilan bagi menentukan langkah seterusnya.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah keutamaan yang diberikan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah oleh Barisan Nasional (BN) berdasarkan artikel ini?
    A: BN memberi keutamaan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah sebelum membincangkan masa depan parti MIC.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh MIC berdasarkan laporan media dalam AGM ke-79 di Shah Alam?
    A: Perwakilan MIC menyokong usul menamatkan penyertaan dalam BN dan menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk menentukan masa yang sesuai bagi berbuat demikian serta membentuk jajaran baharu.
  • Q: Apakah bayangan mengenai tarikh Mesyuarat Dewan Tertinggi BN berdasarkan kenyataan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir?
    A: Mesyuarat Dewan Tertinggi BN bakal diadakan selepas Pilihan Raya Negeri Sabah tetapi tarikh pastinya akan ditentukan oleh Jawatankuasa Tertinggi nanti.



#UMNO #MIC #Zambry Abdul Kadir #Barisan Nasional