[TERKINI] Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN. Pimpinan Johor, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan ikut langkah sama. Ikuti perkembangan di sini
POLITIK

[TERKINI] Faizal Azumu pula umum letak jawatan Pengerusi PN Perak

Abd Razak Mohd Ali 30/12/2025 | 07:00 MYT
Ahmad Faizal berkata, tindakan itu dibuat susulan peletakan jawatan Pengerusi PN Pusat, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail/Sinar Harian
IPOH: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Bekas Menteri Besar Perak itu memaklumkan perkara berkenaan dalam hantaran terbaharu Facebook miliknya.

Ahmad Faizal berkata, tindakan itu dibuat susulan peletakan jawatan Pengerusi PN Pusat, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Menghormati bahawa kuasa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, dengan ini saya memaklumkan perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Perak, berkuat kuasa 1 Januari 2026,” katanya.

Ahnad Faizal merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli parti komponen PN Perak atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang beliau menggalas amanah sebagai Pengerusi PN Perak.

Terdahulu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Johor.

Ia diikuti pengumuman perletakan jawatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi PN Selangor berkuat kuasa 1 Januari 2026.



#Ahmad Faizal Azumu #letak jawatan #Pengerusi PN Perak #Perikatan Nasional #Muhyiddin Yassin #Azmin Ali #terkini