awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Ku Li anggap UMNO masih berdiam diri mengenai keputusan Titah Adendum

Seth Akmal
Seth Akmal
24/12/2025
10:00 MYT
[TERKINI] Ku Li anggap UMNO masih berdiam diri mengenai keputusan Titah Adendum
KU LI: "Sampai hari ini kita belum dengar cerita UMNO ada cadangan nak mengadakan sidang di peringkat tertinggi." - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) menyoal sikap UMNO yang disifatkannya seolah-olah berdiam diri susulan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ringkasan AI
  • Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) menyuarakan keraguan terhadap sikap UMNO yang tidak mengadakan sidang tertinggi untuk membincangkan keputusan mahkamah berkenaan Titah Adendum yang melibatkan Najib Razak.
  • Beliau menegaskan pentingnya UMNO melibatkan diri dalam proses pemerintahan dan menyoal mengapa parti tidak memberi pandangan dalam isu tersebut.
  • Ku Li menghormati keputusan mahkamah yang memerintahkan Najib menjalani hukuman, namun menekankan keperluan untuk meneruskan usaha mendapatkan pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong.

Beliau yang juga Penasihat UMNO turut mempersoal sikap kepimpinan parti yang tidak mengadakan sidang di peringkat tertinggi untuk mengkaji mengenai keputusan mahkamah dan kedudukan dalam Kerajaan MADANI.
“Mengapa UMNO berdiam diri tidak mahu memberi pandangan mungkin ini adalah soal mahkamah bukan soal pemerintahan jadi tidak ada sebab mengapa parti perlu campur…sampai hari ini kita belum dengar cerita UMNO ada cadangan nak mengadakan sidang di peringkat tertinggi.
“Untuk mengkaji kedudukannya tentang keputusan yang dibuat oleh mahkamah dan UMNO sebagai sebuah parti yang membantu penubuhan Kerajaan Perpaduan,” katanya semasa sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Pada masa sama Ku Li turut menyatakan beliau menghormati keputusan mahkamah pada Isnin lalu namun menegaskan ikhtiar untuk membebaskan Najib Razak tidak boleh terhenti.
“Kita akui mahkamah telah membuat keputusan…Datuk Najib terpaksa menjalani hukuman, tetapi ikhtiar mesti dijalankan juga termasuk pengampunan yang kita mesti perolehi daripada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Pada Isnin lalu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata parti itu berhasrat membawa resolusi rayuan pengampunan penuh ke hadapan Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak permohonan semakan kehakiman Najib berhubung dakwaan Titah Adendum selepas mendapati perkara tersebut tidak dibincang atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Jan 2024 sekali gus mengesahkan bahawa beliau perlu menjalani baki hukumannya di Penjara Kajang.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Madani
#Tengku Razaleigh Hamzah
#Mahkamah Tinggi
#Najib Razak
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan