POLITIK
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Menurut Mohd Shukri, keputusan itu dibuat atas faktor kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan. - Gambar fail/Bernama
KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli mengesahkan bahawa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela.
Ringkasan AI
Menurut beliau, keputusan itu dibuat atas faktor kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan.
Tambahnya, beliau telah telah menyembah maklum surat perletakan peletakan jawatan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada Khamis.
Bagaimanapun, Shukri memaklumkan pihaknya masih menunggu jawapan daripada Tuanku Syed Sirajuddin mengenai status perletakan jawatannya itu.
"Saya pun tidak pasti setakat ini, sama ada Tuanku menerima perletakan jawatan ini secara terus ataupun ada jawapan bertulis daripada Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku,
"Kita masih lagi menunggu jika sekiranya ada jawapan secara bertulis penerimaan jawapan perletakan jawatan saya pada hari ini, kalau ikut surat saya itu berkuatkuasa hari ini, atau dilantik Menteri Besar baharu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di Kediaman Menteri Besar Perlis, Kangar pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Shukri turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan kepadanya dalam memimpin Kerajaan Negeri Perlis bagi tempoh tiga tahun.
Ringkasan AI
- Mohd Shukri Ramli meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis atas faktor kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan.
- Beliau telah menyembah maklum surat perletakan jawatan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada Khamis, namun masih menunggu jawapan rasmi berkenaan status perletakan jawatan tersebut.
- Shukri turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama semasa memimpin Kerajaan Negeri Perlis selama tiga tahun.