TERKINI! Musa Aman angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah malam ini

Astro Awani
Mei 10, 2018 10:58 MYT
Angkat sumpah itu dijangka berlangsung di Istana Negeri pada pukul 8.30 malam.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman dijangka mengangkat sumpah secara rasmi sebagai Ketua Menteri Sabah selepas gabungan BN mencapai majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.
Angkat sumpah berkenaan juga menandakan ia penggal keempat Musa mengetuai kerajaan negeri sejak pelantikan pada 2003 mengikut sistem penggiliran.
Musa menjadi ketua menteri selepas mengetuai kemenangan BN pada pilihan raya umum 2004.
Bagaimanapun, Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sibuga berjaya mempertahankan jawatan itu selepas BN Sabah menang majoriti selepas dua calon Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengumumkan menyokong BN.
Angkat sumpah itu dijangka berlangsung di Istana Negeri pada pukul 8.30 malam.
#angkat sumpah #Barisan Nasional #Istana Negeri Sabah #Ketua Menteri Sabah #Musa Aman #Pilihan Malaysia #Pilihan Sabah