POLITIK
[TERKINI] Pasca PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri - Joachim
Joachim dalam sidang media di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, pada Isnin. - Gambar Astro AWANI
KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) disahkan sebagai salah satu gabungan yang menyokong pembentukan Kerajaan Negeri Sabah, yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Ringkasan AI
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Joachim Gunsalam memaklumkan, sokongan tersebut sekali gus membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri.
Bagaimanapun, setakat ini katanya, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) belum secara rasmi menyertai Kerajaan Negeri.
"BN dan Pakatan Harapan (PH) menyokong Kerajaan Negeri.... STAR belum lagi," katanya dalam sidang media di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini pada Isnin.
Terdahulu, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu di hadapan Yang diPertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.
Setakat ini, pembentukan Kerajaan Negeri melibatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebanyak 29 kerusi, Bebas (5), UPKO (3), PH (1), Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (1) serta; BN (6).
BN sebelum itu mengumumkan telah menyerahkan senarai calon untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Baharu Negeri Sabah.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan perkara itu dan berkata kerajaan negeri telah meminta parti-parti pendukung mengemukakan calon masing-masing untuk pertimbangan pelantikan.
Pada PRN17, BN yang bertanding di 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mencatat kemenangan di enam kerusi termasuk Sukau, Lamag, Kunak, Liawan, Bengkoka dan Sook.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Barisan Nasional (BN) disokong dalam pembentukan Kerajaan Negeri Sabah, dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, membentuk Kerajaan Perpaduan negeri.
- Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) belum menyertai Kerajaan Negeri Sabah walaupun BN dan Pakatan Harapan (PH) menyokong. STAR masih mengekalkan kedudukan.
- BN telah menyerahkan senarai calon untuk dipertimbangkan jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Baharu Negeri Sabah, selepas kemenangan dalam 6 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah pada Pilihan Raya Negeri ke-17.