POLITIK
[TERKINI] Pasca PRN Sabah: Jafry Ariffin wakil tunggal BN dilantik menteri penuh
Jafry selesai mengangkat sumpah bersama sepuluh ahli kabinet baharu yang lain di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, petang Isnin. - Gambar Astro AWANI
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Jafry Ariffin muncul sebagai satu-satunya wakil Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai menteri penuh dalam pembentukan kabinet baharu Kerajaan Negeri Sabah.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Joachim Gunsalam yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menerusi sidang media yang diadakan di kediaman rasmi, Sri Gaya, di sini, pada Isnin.
Menurut Joachim, Jafry dinamakan sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.
Jafry selesai mengangkat sumpah bersama sepuluh ahli kabinet baharu yang lain di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, petang Isnin.
BN sebelum itu mengumumkan bahawa menyerahkan senarai calon untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Baharu Negeri Sabah.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan perkara itu dan berkata kerajaan negeri telah meminta parti-parti pendukung mengemukakan calon masing-masing untuk pertimbangan pelantikan.
Pada PRN17, BN yang bertanding di 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mencatat kemenangan di enam kerusi termasuk Sukau, Lamag, Kunak, Liawan, Bengkoka dan Sook.
KEPUTUSAN PENUH PRN SABAH KE-17 DI SINI
Selain Jafry, berikut merupakan senarai penuh portfolio Ahli Jemaah Menteri Baharu Sabah:
1. Datuk Seri Joachim Gunsalam (GRS) – Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Kerja Raya dan Utiliti
2. Datuk Seri Masidi Manjun (GRS) – Timbalan Ketua Menteri II, Menteri Kewangan
3. Datuk Ewon Benedick (UPKO) – Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan
4. Datuk Arifin Ariff (GRS) – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
5. Datuk Jamawi Jaafar (PH) – Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan
6. Datuk Rubin Balang (GRS) – Menteri Pembangunan Luar Bandar
7. Datuk James Ratib (GRS) – Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi
8. Datuk Jafry Ariffin (BN) – Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
9. Datuk Julita Mojungki (GRS) – Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
10. Datuk Nizam Titingan (GRS) – Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Datuk Jafry Ariffin dari BN dilantik sebagai satu-satunya menteri penuh dalam kabinet baharu Kerajaan Negeri Sabah, memegang jawatan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.
- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan penubuhan kabinet baharu dan pelantikan Jafry serta sepuluh ahli kabinet lain di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman.
- BN, selepas kemenangan di enam kerusi dalam PRN17, menyerahkan senarai calon menteri dan timbalan menteri Sabah untuk pertimbangan pelantikan, termasuk jawatan Timbalan Ketua Menteri dan portfolio lain seperti Kerja Raya, Kewangan, dan Pertanian.
Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Joachim Gunsalam yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menerusi sidang media yang diadakan di kediaman rasmi, Sri Gaya, di sini, pada Isnin.
Menurut Joachim, Jafry dinamakan sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.
Jafry selesai mengangkat sumpah bersama sepuluh ahli kabinet baharu yang lain di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, petang Isnin.
BN sebelum itu mengumumkan bahawa menyerahkan senarai calon untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Baharu Negeri Sabah.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan perkara itu dan berkata kerajaan negeri telah meminta parti-parti pendukung mengemukakan calon masing-masing untuk pertimbangan pelantikan.
Pada PRN17, BN yang bertanding di 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mencatat kemenangan di enam kerusi termasuk Sukau, Lamag, Kunak, Liawan, Bengkoka dan Sook.
KEPUTUSAN PENUH PRN SABAH KE-17 DI SINI
Selain Jafry, berikut merupakan senarai penuh portfolio Ahli Jemaah Menteri Baharu Sabah:
1. Datuk Seri Joachim Gunsalam (GRS) – Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Kerja Raya dan Utiliti
2. Datuk Seri Masidi Manjun (GRS) – Timbalan Ketua Menteri II, Menteri Kewangan
3. Datuk Ewon Benedick (UPKO) – Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan
4. Datuk Arifin Ariff (GRS) – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
5. Datuk Jamawi Jaafar (PH) – Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan
6. Datuk Rubin Balang (GRS) – Menteri Pembangunan Luar Bandar
7. Datuk James Ratib (GRS) – Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi
8. Datuk Jafry Ariffin (BN) – Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
9. Datuk Julita Mojungki (GRS) – Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
10. Datuk Nizam Titingan (GRS) – Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah yang muncul sebagai satu-satunya wakil Barisan Nasional (BN) yang dilantik sebagai menteri penuh dalam pembentukan kabinet baharu Kerajaan Negeri Sabah?
A: Datuk Jafry Ariffin. - Q: Apakah portfolio yang diberikan kepada Datuk Jafry Ariffin dalam kabinet baharu Kerajaan Negeri Sabah?
A: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. - Q: Berapakah jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17)?
A: BN memenangi enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. - Q: Siapakah yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri Kerja Raya serta Utiliti dalam kabinet baharu Kerajaan Negeri Sabah?
A: Datuk Seri Joachim Gunsalam (GRS). - Q: Apakah portfolio yang diberikan kepada Datuk James Ratib dalam kabinet baharu Kerajaan Negeri Sabah?
A: Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi.