POLITIK
[TERKINI] Pasca PRN Sabah: Kenderaan Ketua Menteri tinggalkan Istana Seri Kinabalu
Suasana di pekarangan istana menjadi tumpuan susulan sidang media selepas pelantikan Ahli Jemaah Menteri baharu Sabah petang tadi hanya diwakili Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Joachim Gunsalam. - Gambar Astro AWANI
KOTA KINABALU: Kenderaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dilihat keluar dari Istana Seri Kinabalu kira-kira jam 6.05 petang Isnin dengan diiringi kawalan polis trafik.
Ringkasan AI
Suasana di pekarangan istana itu menjadi tumpuan susulan sidang media selepas pelantikan Ahli Jemaah Menteri baharu Sabah sekitar jam 5.28 petang tadi hanya diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Joachim Gunsalam, tanpa kehadiran Hajiji.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang turut dilantik sebagai Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif.
Menerusi sidang media itu, Joachim sempat mengulas secara ringkas mengenai Barisan Nasional (BN) yang disahkan sebagai salah satu gabungan menyokong pembentukan Kerajaan Negeri Sabah.
Bagaimanapun, setakat ini katanya, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) belum secara rasmi menyertai Kerajaan Negeri.
Terdahulu, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu di hadapan Yang diPertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.
Setakat ini, pembentukan Kerajaan Negeri melibatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebanyak 29 kerusi, Bebas (5), UPKO (3), PH (1), Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (1) serta BN (6).
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Kenderaan Ketua Menteri Sabah dilihat meninggalkan Istana Seri Kinabalu diiringi kawalan polis trafik selepas sidang media pelantikan Ahli Jemaah Menteri baru tanpa kehadiran Datuk Seri Hajiji Noor.
- Sidang media itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri I serta Ahli Dewan Undangan Negeri Apas yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif.
- Meskipun Barisan Nasional disahkan sebagai salah satu gabungan menyokong pembentukan Kerajaan Negeri Sabah, STAR belum secara rasmi menyertai Kerajaan Negeri sehingga kini.