POLITIK
[TERKINI] Pasca PRN Sabah: STAR tidak sertai kerajaan GRS, jadi pembangkang - Jeffrey
Presiden STAR, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, pendirian parti itu tidak berubah, bahawa Sabah mesti ditadbir oleh parti-parti tempatan. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyatakan pendirian untuk tidak menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Noor.
Ringkasan AI
Presidennya, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, pendirian parti itu tidak berubah, bahawa Sabah mesti ditadbir oleh parti-parti tempatan.
Selain itu, katanya Kerajaan Negeri yang dibentuk tidak bergantung kepada gabungan yang berpangkalan di Semenanjung.
“STAR akan bertindak sebagai pembangkang yang bertanggungjawab.
“Kami akan menyokong dasar-dasar yang melindungi Sabah, dan kami akan menentang sebarang langkah yang menjejaskan Perjanjian Malaysia (MA63), Perlembagaan, atau perjuangan panjang untuk Sabah demi rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan itu menambah pihaknya konsisten untuk menyokong Kerajaan Negeri yang dibentuk sepenuhnya oleh parti-parti tempatan Sabah.
“Apa-apa yang kurang daripada itu melemahkan kuasa tawar-menawar dan masa depan Sabah,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Jeffrey berkata STAR akan meneruskan tugas dengan integriti, disiplin, dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Sabah dan rakyatnya.
Sementara itu mengenai pelantikan Datuk Mohd Ishak Ayub sebagai Pembantu Menteri pula, Jeffrey menjelaskan ia adalah pelantikan terus oleh Ketua Menteri.
Katanya, ia bukan jawatan yang dirundingkan oleh parti dan beliau adalah wakil rakyat yang dipilih untuk DUN Bingkor.
Justeru, STAR menghormati hak Mohd Ishak dalam menerima peranan tersebut.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menegaskan pendirian untuk tidak menyertai Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Noor, memilih untuk menyokong Kerajaan yang ditadbir oleh parti-parti tempatan Sabah.
- STAR akan berperanan sebagai pembangkang bertanggungjawab, menyokong dasar-dasar yang melindungi Sabah serta menentang sebarang langkah yang merosakkan Perjanjian Malaysia (MA63) dan Perlembagaan.
- Presiden STAR, Datuk Seri Jeffrey Kitingan menegaskan bahawa parti ini akan terus menjalankan tugas dengan integriti, disiplin, dan kesetiaan kepada Sabah dan rakyatnya, sambil menghormati pelantikan Datuk Mohd Ishak Ayub sebagai Pembantu Menteri yang dilantik secara langsung oleh Ketua Menteri Sabah.