POLITIK
[TERKINI] Pasca PRN Sabah: Wanita Gagasan Rakyat tolak BN sertai Kerajaan GRS
Wanita Gagasan Rakyat berpendapat sebarang percubaan mengheret BN masuk melalui pintu belakang dianggap menafikan keputusan rakyat. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menegaskan pendirian untuk menolak kemasukan Barisan Nasional (BN) sebagai salah satu parti gabungan dalam Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Ringkasan AI
Wanita Gagasan Rakyat dalam kenyataan hari ini berkata, GRS Plus telah menunjukkan kestabilan politik dan diyakini rakyat melalui gabungan GRS sebanyak 29 kerusi, Bebas (lima), Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (tiga) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sebanyak dua kerusi.
Selain itu, tambahan sokongan daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing sebanyak satu kerusi.
"Malah, enam Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sabah dilantik menambah lagi kekuatan pentadbiran yang ada.
Dalam konteks ini, Wanita Gagasan Rakyat melihat komposisi kerajaan sekarang cukup stabil, cukup kukuh dan cukup representatif untuk meneruskan agenda pembangunan negeri tanpa memerlukan sebarang penambahan parti yang telah pun ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas," katanya dalam kenyataan tersebut.
KEPUTUSAN PENUH PRN SABAH KE-17 DI SINI
Wanita Gagasan Rakyat menambah rakyat Sabah telah memberi mesej yang sangat jelas, dengan BN tidak diberikan mandat untuk kembali berada dalam kerajaan negeri dan ia perlu dihormati.
Tegas mereka, sebarang percubaan mengheret BN masuk melalui pintu belakang dianggap menafikan keputusan rakyat.
PASCA PRN SABAH: KALKULATOR MAJORITI
"Wanita Gagasan Rakyat juga mengingatkan tentang episod politik 2023, langkah-langkah yang menggugat kestabilan negeri, yang turut digerakkan oleh BN ketika itu.
"Episod itu seharusnya menjadi pengajaran agar Sabah tidak lagi dibebankan dengan permainan politik yang merosakkan keyakinan rakyat.
"Lebih ironik, BN sebelum ini secara terbuka enggan bekerjasama dengan GRS, malah melancarkan serangan politik terhadap kepimpinan Ketua Menteri.
"Hari ini, mereka pula muncul dengan tuntutan untuk disertakan dalam kerajaan. Ini bukan sahaja tidak wajar, malah tidak selari dengan kehendak rakyat Sabah," katanya lagi.
Selain itu, Wanita Gagasan Rakyat menegaskan fokus utama kerajaan hari ini bukanlah untuk memenuhi percaturan politik mana-mana pihak, tetapi untuk memastikan kestabilan, memperkukuh pentadbiran, serta mempercepat agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat Sabah.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah menegaskan penolakan terhadap kemasukan Barisan Nasional (BN) ke dalam Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
- Gabungan GRS Plus dengan 29 kerusi, bersama Bebas (lima), UPKO (tiga), STAR (dua), KDM, dan PH (masing-masing satu) memberikan kestabilan politik yang mencukupi.
- Wanita Gagasan Rakyat menekankan bahawa fokus utama kerajaan adalah memastikan kestabilan, memperkukuh pentadbiran, serta mempercepat agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat Sabah.