POLITIK
[TERKINI] Pasca PRN Sabah: Warisan nafi sedang beli, pujuk ADUN - Shafie
Menurut Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, parti itu kekal berpegang teguh kepada prinsip integriti. - Gambar fail/Astro AWANI
KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa parti itu sedang berusaha membeli atau memujuk mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Ringkasan AI
Menurut Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Warisan kekal berpegang teguh kepada prinsip integriti, dan kepimpinan seharusnya diperoleh melalui kepercayaan rakyat, bukannya melalui kaedah yang menjejaskan maruah demokrasi.
“Komitmen kami sentiasa berteraskan integriti dan kepimpinan mesti diperoleh melalui kepercayaan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Shafie yang juga ADUN Senallang berkata Warisan menghormati mandat rakyat serta proses demokrasi yang menjadi asas penting dalam pentadbiran negeri.
“Kami akan terus melaksanakan peranan yang telah diamanahkan kepada kami dengan penuh maruah, konsisten dan dengan iltizam yang tidak berbelah bahagi untuk khidmat kepada Sabah,” tambahnya.
Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pengundi yang menyokong Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 baru-baru ini.
Terdahulu, bebeberapa media melaporkan 12 ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Bebas didakwa tidak berpuas hati, terutamanya penyertaan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Negeri.
Dalam PRN Sabah ke-17 lalu, GRS berjaya memperolehi 29 kerusi DUN, manakala Warisan sebanyak 25 kerusi.
Hajiji yang juga Pengerusi GRS telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-17 pada awal pagi Ahad di hadapan Yang diPertua Negeri, Tun Musa Aman.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan sekeras-kerasnya dakwaan membeli atau memujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), menegaskan komitmen parti yang berteraskan integriti dan kepercayaan rakyat.
- Warisan menegaskan menghormati mandat rakyat dan proses demokrasi sebagai asas pentadbiran negeri, serta beriltizam untuk berkhidmat kepada rakyat Sabah dengan penuh maruah.
- Tular khabar angin sebelum ini mengenai pertemuan Warisan dengan beberapa ADUN adalah tidak benar, menyebabkan Parti Warisan memberi penegasan tegas terhadap dakwaan tersebut.