[TERKINI] Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN. Pimpinan Johor, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan ikut langkah sama. Ikuti perkembangan di sini
POLITIK

[TERKINI] Pengerusi PN Negeri Sembilan letak jawatan

Astro Awani 30/12/2025 | 07:53 MYT
Mohamad Hanifah berkata keputusan meletakkan jawatan itu, dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab serta selaras dengan prinsip menghormati struktur, hierarki dan tatakelola organisasi PN. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Mohamad Hanifah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu berkata keputusan meletakkan jawatan itu, dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab serta selaras dengan prinsip menghormati struktur, hierarki dan tatakelola organisasi PN.

"Saya mengambil maklum bahawa pelantikan saya sebagal PN Negeri Sembilan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Pengerusi PN Malaysia.

"Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pimpinan, rakan-rakan parti, jentera serta penyokong PN Negeri Sembilan atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya memegang amanah ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tindakan Mohamad Hanifah itu menyusul selepas beberapa pemimpin PN turut mengambil keputusan sama susulan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN.

Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Pusat berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Ia disusuli peletakan jawatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong Datuk Sahruddin Jamal melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN Johor.





#Muhyiddin Yassin #Perikatan Nasional letak jawatan #Politik Malaysia #Mohamad Hanifah Abu Baker #letak jawatan #Pengerusi PN Negeri Sembilan #terkini