POLITIK
[TERKINI] Politik Perlis: Speaker tarik balik pemakluman keperluan PRK, tiga DUN kekal kosong
Rus'sele mengesahkan bahawa telah menarik balik pemakluman berhubung keperluan bagi melaksanakan PRK di DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji. - Foto Astro AWANI
KANGAR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus'sele Eizan mengesahkan bahawa telah menarik balik pemakluman berhubung keperluan bagi melaksanakan Pilihan Raya Kecik (PRK) di DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji.
Menurut beliau, keputusan berkenaan dibuat melalui Proviso kepada Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis dan telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perlis pada Selasa.
Bagaimanapun, keputusan yang dibuat berkaitan menerusi surat bertarikh 29 Disember 2025 berhubung kekosongan luar jangka melibatkan ketiga-tiga DUN berkenaan kekal berkuatkuasa.
"Berdasarkan perkembangan mutakhir, saya telah membuat pertimbangan semula terutama selepas Parti Islam SeMalaysia (PAS)selaku parti komponen Perikatan Nasional, telah mengeluarkan Kenyataan Media Rasmi bertarikh 30 Disember 2025 yang memberi jaminan bahawa PAS akan "komited untuk meneruskan kelangsungan dan keberadaan PAS dalam Kerajaan Negeri Perlis selaras dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada PRU-15,
"Tambahan, Kenyataan Media YAB Menteri Besar Perlis telah memberi jaminan akan meneruskan agenda perpaduan Perikatan Nasional yang pada masa kini masih memiliki majoriti besar iaitu 11 daripada 15 ahli bagi Dewan Negeri Perlis,
"Maka saya mendapati bahawa majoriti ahli Dewan Negeri Perlis adalah tidak terjejas dengan tiga kekosongan luar jangka tersebut. Justeru tiada lagi keperluan untuk diadakan pilihan raya semula bagi tiga kekosongan luar jangka tersebut."
Rus'sele berkata demikian ketika sidang media Speaker DUN Perlis di Kompleks Seri Putra, Kangar pada Rabu.
Tambah beliau, keputusan terbaharu yang dibuat ini juga adalah sebagai menjunjung titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail agar kesemua ADUN PN di negeri itu kembali bersatu demi kepentingan rakyat Perlis.
Sebelum ini, Rus'sele mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji selepas keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu dari Pas terhenti serta-merta.
Beliau juga telah menyerahkan notis pengosongan tiga kerusi DUN kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perlis pada Isnin dan memohon untuk perlaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi tiga kerusi berkenaan.