Skip to main content
Advertisement

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: SPR bermesyuarat khas 7 Oktober tentukan tarikh pilihan raya

SPR
Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 7 Oktober ini bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus dalam kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun.

Jelasnya, mesyuarat berkenaan akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Melaka termasuk tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon dan Hari Pengundian.

"Mesyuarat khas tersebut juga akan membincangkan Daftar Pemilih yang akan digunakan serta lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut," menurutnya.

Katanya lagi, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas berkenaan selesai.

DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa pada 23 September lalu bagi memberi laluan kepada PRN ke-16.

Ia mempunyai 28 kerusi dengan mandat kerajaan negeri ketika ini akan berakhir pada 31 Disember depan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.

 

Must Watch Video

Advertisement