awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Amirudin bertemu Hajiji bincang bentuk kerajaan

Seth Akmal
Seth Akmal
29/11/2025
14:07 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Amirudin bertemu Hajiji bincang bentuk kerajaan
Menurut Fuziah Salleh, ketika ini Pengarah operasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari bersama-sama dengan Datuk Seri Hajiji Noor untuk membentuk kerajaan. - Gambar Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Amirudin Shari sedang bertemu dengan penyandang Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor untuk membentuk Kerajaan Negeri.
Perkara tersebut disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Saleh pada sidang media menjelang keputusan penuh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Kota Kinabalu hari ini.
“Ketika ini Pengarah operasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari bersama-sama dengan Datuk Seri Hajiji Noor untuk membentuk kerajaan,” katanya.
Tambahnya, beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa kerajaan yang berpihak kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terbentuk pada malam ini.
“Saya dimaklumkan kita cukup jumlah untuk membentuk kerajaan pada malam ini…PH berbesar hati kerana kita menjadi sebahagian daripada kerajaan yang akan dibentuk di Sabah nanti,” katanya lagi.
Pada masa sama, Fuziah berkata PH menerima keputusan PRN yang menyaksikan gabungan itu menang satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja, iaitu Melalap.
“Saya mewakili rakan-rakan dalam PH ingin menyatakan bahawa kami terima keputusan yang telah ditunjukkan,” katanya lagi.
Turut hadir Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan ahli parlimen PH yang lain.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Hajiji Noor
#pilihan raya negeri
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan