POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Anak Tun Fuad Stephens sedia teruskan legasi, pejuang hak negeri
Fauziah menggariskan lima pelan tindakan untuk DUN Bengkoka, jika beliau diberikan mandat pada PRN Sabah ke-17 - Foto Astro AWANI
KUDAT: Fauziah Tun Fuad Stephens mungkin wajah baharu dalam gelanggang politik, tetapi kemunculannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dengan misi yang cukup besar - memperjuangkan hak negeri.
Dalam temu bual bersama Astro AWANI baru-baru ini, Fauziah berkata beliau tekad memperjuangkan hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Dalam masa sama, calon Parti Warisan (Warisan) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka itu tidak menolak meneruskan legasi bapanya, Allahyarham Tun Fuad, yang merupakan antara tokoh utama pembentukan Malaysia.
"Kami bukan mahu bergaduh atau menimbulkan masalah kepada sesiapa, tetapi apa yang kami lakukan sekarang adalah untuk memastikan Sabah dan rakyatnya mendapat apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian yang dibuat pada tahun 1963.
"Maka Kerajaan Persekutuan mesti mengambil tindakan dengan mematuhi perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui pada tahun 1963," katanya kepada Astro AWANI.
Allahyarham Fuad yang digelar sebagai Bapa Kemerdekaan Sabah atas jasa dalam rundingan pembentukan Malaysia pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah pertama dari 1963 hingga 1964 dan juga yang kelima pada 1976.
Allahyarham juga pernah menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah ketiga dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia yang keenam.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Diploma Perguruan dari Melbourne State College, Australia, Fauziah menambah selagi hak itu tidak dipulangkan, ia sukar untuk rakyat Sabah merasa benar-benar sebahagian daripada Malaysia.
Ditanya mengenai persepsi masyarakat yang melihatnya sebagai pewaris kepada legasi Allahyarham Fuad, beliau yakin rakyat menilai dirinya berdasarkan kemampuan dan rekod kerjanya sendiri, bukan semata-mata kerana nama bapanya.
"Tetapi saya telah melakukan banyak kerja sukarela atas kapasiti saya sendiri, bukan setahun dua, tetapi lebih 10 tahun.
"Jadi mereka tahu siapa saya, dan mereka tahu apa pendirian saya.
"Menjadi sebahagian daripada parti politik kini hanyalah satu langkah bagi saya untuk mendapatkan lebih banyak bantuan dalam meneruskan kerja sukarela untuk rakyat," ujar wanita berusia 67 tahun itu.
Ditanya sama ada beliau bersedia meneruskan legasi perjuangan Tun Fuad, Fauziah menjawab, "Mengapa tidak".
Mengulas lanjut, beliau berkata ramai tidak menyedari bahawa selepas tragedi pesawat Double Six pada 1976 yang meragut nyawa bapanya dan beberapa menteri negeri, rundingan berkaitan hak Sabah dan MA63 berhenti sepenuhnya.
"... Dan sehingga Warisan tampil membangkitkannya semula, barulah pemimpin lain tiba-tiba bercakap tentang perjanjian...perjanjian...perjanjian.
"Ada pemimpin pada pilihan raya lalu yang berjanji Perjanjian MA63 akan diselesaikan antara Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan dalam tempoh enam bulan. Ini sudah lima tahun berlalu.
"Kita tidak mampu menunggu lebih lama. Rakyat kita perlu dilayan sebagai rakyat Malaysia," tegasnya.
Mengenai isu infrastruktur asas termasuk jalan raya pula, Fauziah berpandangan penambahbaikan tidak dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Namun, beliau menegaskan pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, dan kerana itu perjuangan menuntut 40 peratus hasil Sabah menjadi keutamaan Warisan.
"Jika kami mendapat mandat, perkara ini (jalan raya) akan mengambil masa. Ia tidak akan dapat diselesaikan dalam sekelip mata.
"Apabila kami mengambil alih kerajaan, kita tidak boleh katakan dalam tempoh enam bulan akan ada elektrik, atau enam bulan lagi air akan pulih, dan sebagainya.
"Jalan raya sepatutnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan," katanya.
Selain itu, Fauziah menggariskan lima pelan tindakan untuk DUN Bengkoka, jika beliau diberikan mandat pada PRN Sabah ke-17.
Ia melibatkan penubuhan daerah kecil Bengkoka dan membina pekan baharu moden; memperkukuh ekonomi dan pertanian rakyat; pendidikan untuk semua peringkat; serta komuniti yang prihatin dan sejahtera.
Dalam masa sama, memastikan infrastruktur dan hubungan yang cekap termasuk jalan raya yang baik, air bersih dan elektrik untuk semua kampung.
Pada PRN Sabah ke-17, kerusi DUN Bengkoka menyaksikan saingan 11 penjuru.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini