POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Anifah 'one-man show' di Bongawan, berdepan jentera UMNO
Anifah menyifatkan perjuangannya di kerusi Bongawan sebagai "one-man show" dalam memastikan rakyat memberi mandat kepadanya - Foto/ FB Anifah Aman
KIMANIS: Tan Sri Anifah Aman menyifatkan persaingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, bukan saingan dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin, sebaliknya keseluruhan jentera UMNO.
Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu menjelaskan bahawa tekanan yang dihadapi bukan kecil, khususnya apabila berdepan 'janji-janji' yang dibuat pemimpin peringkat Persekutuan.
Namun, bekas Menteri Luar yang memiliki pengalaman puluhan tahun dalam gelanggang politik itu yakin dengan sokongan masyarakat setempat terhadapnya, membuatkan beliau nekad untuk terus memperjuangkan hak rakyat di kawasan berkenaan.
"Sebab itulah saya tidak menyesal bertanding. Dan akhirnya, saya bukan sahaja berdepan Mohamad Alamin tetapi saya berdepan keseluruhan jentera UMNO. Dan saya rasa, apa hak mereka (jentera parti) datang dan buat begini kepada rakyat?
"Mereka sepatutnya biarkan rakyat di Bongawan ini menentukan siapa yang mereka mahu. Mereka lebih mengenali kami. Jadi berilah mereka peluang memilih pemimpin mereka sendiri," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI, di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) itu menyifatkan perjuangannya di kerusi Bongawan sebagai "one-man show" dalam memastikan rakyat memberi mandat kepadanya.
"Tetapi jauh di sudut hati, saya bangga. Tahu kenapa? Saya cuma seorang, "one-man show". Betul-betul seorang diri. Dan itu pun sudah cukup untuk membawa keseluruhan jentera UMNO turun ke Bongawan," tambah Timbalan Pengerusi GRS itu.
Mengenai perjuangannya di DUN Bongawan, beliau yang menggalas tugas Menteri Luar dari tahun 2009 hingga 2018 berkata, industri minyak dan gas, khususnya sektor hiliran, mampu membuka ribuan peluang pekerjaan kepada anak muda di kawasan itu, sekiranya dimanfaatkan dengan baik.
Beliau mendedahkan bahawa beberapa bulan lalu telah menghadiri jemputan rasmi Menteri Tenaga dan Gas Qatar dan sempat bertemu Perdana Menteri negara itu.
Malah, katanya perjuangan untuk pembangunan negeri, dan rakyat khususnya di Bongawan telah dilakukan sejak 2015, dan ia bukan sekadar janji pilihan raya.
"Saya mahu berubah ke arah yang lebih baik. Tetapi saya tidak boleh melakukannya seorang diri.
"Namun, sekurang-kurangnya bagi ahli politik yang benar-benar ikhlas untuk membangunkan negeri dan kawasan kita, kenapa tidak? Jadi, saya tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa pun, asalkan matlamat kita ialah membangunkan ekonomi dan membantu rakyat kita.
"Saya mahu rakyat sedar bahawa ini adalah satu harapan... satu harapan tulen. Ini bukan sekadar harapan palsu.
"Ramai antara ahli politik sekarang mencipta harapan palsu, perkara-perkara yang akhirnya tidak menjadi kenyataan dan rakyat pula menjadi mangsanya," ujar Anifah lagi.
Sehubugan itu, Anifah menjelaskan rangkaian hubungan antarabangsa yang dibina semasa beliau memegang jawatan Menteri Luar mampu dimanfaatkan untuk membawa pelaburan dan peluang baharu ke Sabah.
Dalam PRN Sabah yang berlangsung 29 November ini, Anifah berdepan saingan sembilan penjuru termasuklah menentang Mohamad.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini