POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Armizan dakwa Bung gagal selesai masalah asas semasa jadi Menteri KKR
Armizan (kiri) mendakwa, Bung sepatutnya lebih proaktif dan pantas mendapatkan peruntukan bagi menyelesaikan masalah asas rakyat. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Dalam tempoh dua tahun menjadi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin didakwa tidak berjaya merintis penyelesaian kepada isu asas rakyat, khususnya bekalan air dan elektrik yang telah berlarutan sejak sekian lama.
Ringkasan AI
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali mendakwa, Bung sepatutnya lebih proaktif dan pantas mendapatkan peruntukan bagi menyelesaikan masalah asas rakyat.
Tambahan pula, dakwanya perkara itu tidak mustahil untuk diselesaikan kerana Perdana Menteri ketika itu juga datang daripada partinya.
"Ramai jentera Barisan Nasional (BN) tampil membela Bung, lengkap dengan infografik yang kononnya memaparkan "kejayaan" sepanjang beliau menjadi Menteri KKR, dengan tagline fenomena 'Bung Speed'.
"Malangnya, apa yang digambarkan sebagai pencapaian besar itu hanyalah kerja-kerja yang mempunyai peruntukan sedia ada untuk dilaksanakan; penyelenggaraan rutin, baik pulih jambatan dan tebing runtuh, tampal jalan mendap dan naik taraf jalan kampung.
"Saya fikir bila projek-projek dengan peruntukan sedia ada, mudah untuk peringkat pegawai boleh laksanakan," katanya dalam rakaman video, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Papar itu mendakwa, segala masalah asas yang dihadapi Sabah, telah diselesaikan oleh GRS, selepas Bung tidak lagi berada dalam Kabinet Kerajaan Negeri.
Armizan turut mempersoalkan dakwaan dalam laporan pencapaian ‘BungSpeed’ yang menyatakan bahawa kelantangan Bung di Parlimen telah memaksa Kerajaan Persekutuan bersetuju menurunkan kuasa kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah untuk mengurus projek bernilai bawah RM50 juta selaras dengan prinsip Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Jelas beliau, dakwaan itu menimbulkan keraguan kerana rekod sebenar menunjukkan syor penurunan kuasa projek Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak telah lama disenaraikan sebagai tuntutan dalam platform perundingan MA63 antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
"Sehingga tamatnya pentadbiran kerajaan Persekutuan lalu, tidak ada persetujuan konkrit dan syor itu tidak dilaksanakan termasuk ketika pentadbiran Perdana Menteri daripada parti Bung," dakwanya lagi.
Armizan turut mendakwa pendirian Bung berhubung MA63 adalah bersifat selektif, dan menyatakan Kerajaan Persekutuan akan bankrap jika melaksanakan hak 40 peratus hasil bersih negeri.
Selain itu, beliau memaklumkan sehingga kini harga gas memasak LPG masih kekal dan subsidi diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan.
Hal ini, jelasnya, berada di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan bukannya Negeri, yang kerap menjadi sasaran kritikan Bung.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Datuk Seri Bung Moktar Radin didakwa gagal menyelesaikan masalah asas rakyat seperti bekalan air dan elektrik semasa menjadi Menteri Kerja Raya selama dua tahun.
- Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendakwa Bung sepatutnya lebih proaktif dalam mendapatkan peruntukan untuk menyelesaikan masalah asas rakyat dengan pantas.
- Armizan Mohd Ali dari GRS menegaskan bahawa dakwaan mengenai pencapaian 'Bung Speed' tidak berasaskan, serta mendakwa Bung bersikap selektif dalam isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan subsidi gas memasak LPG.