POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Bantuan bulanan warga emas, deposit rumah pertama jika GRS menang - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor berkata gabungan itu sedang merangka memberikan bantuan bulanan kepada warga emas yang layak. - Gambar fail
KOTA BELUD: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merancang memberi dua inisiatif masing-masing kepada warga emas dan golongan belia, jika diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), akan datang.
Ringkasan AI
Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata gabungan itu sedang merangka memberikan bantuan bulanan kepada warga emas yang layak.
Selain itu, skim sokongan deposit rumah pertama untuk golongan belia sebagai usaha memperkukuh jaringan perlindungan sosial serta meningkatkan keupayaan anak muda memiliki kediaman.
"Ya, ini sedang dalam perancangan sekarang kerana sebagai sebuah kerajaan yang sedang memerintah sekarang ini, kita ada perancangan, tetapi untuk di masa akan datang, terutama tahun depan.
"Kita sedang merangka memberi bantuan kepada mereka yang layak 60 tahun ke atas, dan juga kepada anak-anak muda ataupun rakyat kita yang layak yang membeli rumah pertama. Kita bantu mereka untuk membayar deposit rumah mereka," katanya.
Beliau ditemui media selepas Majlis Kempen 'Rumah Kita, Kita Jaga' di Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan dan Tempasuk di sini pada Selasa.
RISE OF THE VOTERS: Kenali Haiwan Jiwa Anda. Klik untuk bermain!
Sementara itu, Hajiji dalam ucapan berkata dua inisiatif berkenaan antara perancangan untuk memastikan manfaat daripada peningkatan hasil yang bakal diperolehi oleh Kerajaan Negeri, dan ia dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Kata beliau, rundingan pemberian khas 40 peratus hasil bersih dengan Kerajaan Persekutuan akan meningkatkan pendapatan negeri, yang akhirnya bakal disalurkan kembali kepada rakyat.
Selain itu, Hajiji berkata kerajaan merangka inisiatif bagi membantu golongan muda dan pembeli rumah pertama dengan menanggung bayaran deposit perumahan, khususnya bagi rumah berharga RM500,000 ke bawah.
"Kebiasaannya pembeli perlu menyediakan deposit antara lima hingga 10 peratus, namun Kerajaan Negeri bercadang menanggung sepenuhnya bayaran tersebut.
“Kalau deposit perumahan, contoh yang harga RM500,000 ke bawah. Kalau kita menang, kita fikirkan untuk mereka yang beli rumah pertama, kita akan bayar secara percuma deposit pembelian rumah mereka," ujarnya dalam ucapan berkenaan.
Dalam masa sama, Hajiji meletakkan keyakinan terhadap kemampuan calon GRS di DUN Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari dan Datuk Japlin Akim di DUN Usukan pada PRN ke-17.
Pada PRN ke-17, Mohd Arsad berdepan saingan tujuh penjuru untuk mempertahankan kerusi Tempasuk, manakala Japlin dicabar lima calon lain.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian, manakala pengundian awal pada 25 November.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merancang memberi bantuan bulanan kepada warga emas yang layak serta skim sokongan deposit rumah pertama untuk golongan belia jika diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
- Inisiatif ini dijangka memperkukuh jaringan perlindungan sosial dan meningkatkan keupayaan anak muda memiliki kediaman, dengan rundingan pemberian khas 40 peratus hasil bersih dengan Kerajaan Persekutuan untuk manfaat semua lapisan masyarakat.
- Hajiji Noor, pengerusi GRS, menyatakan kerajaan merangka inisiatif menanggung bayaran deposit perumahan bagi rumah berharga RM500,000 ke bawah, serta menyatakan keyakinan terhadap calon GRS di DUN Tempasuk dan DUN Usukan pada PRN ke-17.