POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: BN Sabah tawar 6 teras 'Sabah 1' untuk transformasi menyeluruh
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata manifesto itu komited menyelesaikan pembangunan asas yang masih tertinggal di Sabah. - Gambar/ Bernama
KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini melancarkan Manifesto Sabah 1 yang menumpukan enam teras utama pembangunan negeri sebagai asas gerak kerja sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Enam teras itu merangkumi Kemakmuran Ekonomi & Kesejahteraan Hidup; Wanita & Anak Muda Tonggak Negara; Pendidikan Berkualiti Untuk Semua; Transformasi Politik & Tadbir Urus; Masyarakat Sihat & Negeri Kebajikan; serta Kelestarian Sumber.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata manifesto itu komited menyelesaikan pembangunan asas yang masih tertinggal di Sabah.
Beliau berkata BN memberi keutamaan kepada penyelesaian isu tiga serangkai jalan, elektrik dan air yang disifatkan sebagai kritikal dalam menarik pelaburan asing ke negeri ini.
“Komitmen Barisan Nasional Sabah adalah untuk mengembalikan mana-mana pembangunan yang tertinggal, terutamanya perkara yang melibatkan tiga serangkai jalan, api dan air," katanya kepada media selepas melancarkan Manifesto Sabah 1 di Bangunan UMNO, Kota Kinabalu, hari ini.
Menurutnya, kegagalan kerajaan sebelum ini menyelesaikan tiga sektor utama tersebut menjadi punca pelabur luar tidak berminat masuk ke Sabah, sekali gus mengekang pertumbuhan ekonomi negeri.
BN Sabah juga akan memperkukuh institusi Mahkamah Anak Negeri dan memastikan jawatan berkaitan dijadikan jawatan tetap.
"Mahkamah Anak Negeri juga akan diperkasakan dan jawatannya diserap sebagai jawatan tetap. Ini merupakan ‘game changer’ yang sangat diperlukan rakyat Sabah," tegasnya.
Manakala dibawah teras Wanita & Anak Muda Tonggak Negara, Zahid mendedahkan hampir 169,000 anak muda Sabah direkodkan sebagai penganggur, mewakili 20 peratus daripada keseluruhan pengangguran negara.
"Satu perlima pengangguran di Malaysia disumbangkan oleh Sabah. Kira-kira 169,000 penganggur datang dari Sabah.
"Sebab itu, ekosistem TVET berimpak tinggi diberikan penekanan supaya peluang pekerjaan untuk anak muda dapat diwujudkan melalui kemahiran yang dicernakan melalui sistem TVET ini," katanya lagi.
Sementara itu, bawah teras Kesejahteraan Hidup, BN Sabah komited membangunkan lebih banyak rumah mampu milik termasuk skim sewa beli, yang membolehkan bayaran sewa menjadi sebahagian daripada pemilikan rumah.
Manifesto Sabah 1 turut menggariskan komitmen mempercepatkan projek Lebuhraya Pan Borneo serta pembangunan Pelabuhan Kudat sebagai hab laut utama negeri.
Zahid berkata seluruh rangka manifesto yang berteraskan enam teras itu dirangka sebagai pelan pembangunan menyeluruh merangkumi ekonomi, sosial, infrastruktur dan tadbir urus.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini