POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: 'Bung Moktar ibarat meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri' - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung GRS yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Ali menyampaikan ceramah pada Majlis Pelancaran Jentera Muda N.71 Tanjung Batu sempena PRN Sabah ke-17 di Tawau. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai parti paling gagal disifatkan ibarat "meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri".
Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali mendakwa Kerajaan GRS kehilangan dua tahun pertama (dari 2021 - 2022) fasa pentadbiran kerana kegagalan Bung Moktar sebagai Menteri Kerja Raya Sabah.
Tegas Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, ini terbukti apabila Bung Moktar tidak dapat menjalankan tugasnya menangani masalah bekalan air dan elektrik di Sabah.
"Kalau dia (Bung Moktar) cakap GRS ini kerajaan paling gagal di dunia, saya mau sebut bahawa dia pernah berkuasa sebagai Menteri KKR.
"Menurut penelitian (peribadi) saya, Bung Moktar adalah Menteri KKR paling gagal dalam sejarah peradaban manusia kerana apa, dua tahun dia jadi Menteri ... dua tahun juga GRS kerugian untuk menunaikan khidmat kepada rakyat khususnya isu-isu berkaitan Kementerian Kerja Raya Sabah," katanya. dalam satu kenyataan, pada Rabu.
LAPORAN KOMPREHENSIF, CALON TUMPUAN DAN PERKEMBANGAN TERKINI PRN SABAH
Dakwa Armizan, sepanjang dua tahun menggalas tanggungjawab itu, tidak ada projek-projek utama KKR yang penting digerakkan oleh Bung Moktar.
KENALI HERO SABAH ANDA DI SINI. MAIN SEKARANG!
"Takdir (Tuhan) menentukan Bung Moktar sebagai 'Menteri Gagal' keluar dari Kerajaan Negeri telah membolehkan banyak projek penstabilan bekalan air dan elektrik telah mula berjalan di Sabah," katanya.
Sebelum ini, Armizan hadir di majlis pelancaran Jentera Muda (N71) Tanjung Batu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di pekarangan Pejabat Parti GRS, di Tawau pada Selasa malam.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini