awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Calon GRS, Japlin yakin ada kelebihan di DUN Usukan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
19/11/2025
23:00 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Calon GRS, Japlin yakin ada kelebihan di DUN Usukan
Mengenai tumpuan di DUN Usukan, Japlin memberi jaminan bahawa penambahbaikan kemudahan asas seperti air, dan elektrik akan menjadi keutamaan di kawasan berkenaan, jika diberikan mandat dalam PRN17. - Astro AWANI
KOTA BELUD: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan, Datuk Japlin Akim, yakin mempunyai kelebihan dalam menghadapi persaingan enam penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabah akan datang.

Ringkasan AI
  • Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi DUN Usukan, Datuk Japlin Akim, yakin memiliki kelebihan dalam menghadapi enam penjuru persaingan pada PRN Sabah akan datang dengan keyakinan daripada pengundi dan jentera GRS.
  • Japlin menjanjikan penambahbaikan kemudahan asas seperti air dan elektrik di DUN Usukan, serta menekankan peningkatan ekonomi melalui program pertanian, perikanan, dan penternakan jika diberi mandat dalam PRN17.
  • Beliau juga berkomitmen untuk memastikan Usukan berkembang melalui pelbagai peluang ekonomi, termasuk industri kecil dan sederhana (IKS), sambil turut dicabar oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, dan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majlis.

Meskipun pertembungan itu turut melibatkan dua bekas wakil rakyat Usukan serta seorang Ahli Parlimen Kota Belud, beliau berkata setiap calon mempunyai kekuatan tersendiri.
Jelas beliau, keyakinan itu bersandarkan maklum balas positif daripada pengundi dan jentera di peringkat akar umbi yang mahukan perubahan serta menaruh kepercayaan kepada GRS.
"Sudah tentu ada enam calon, dua daripada penyandang dan satu DUN dan satu Parlimen masing-masing ada kelebihan, dan sudah tentu salah satu ialah kita satu-satu calon mewakili kerajaan iaitu GRS.
"Saya pasti dengan ini menjadi kelebihan kepada kita berbanding calon lain dan saya berkeyakinan antara parti yang bertanding, saya fikir calon-calon dan GRS adalah antara parti yang paling bersedia untuk membentuk kerajaan selepas PRN," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, baru-baru ini.
Mengenai tumpuan di DUN Usukan pula, Japlin memberi jaminan bahawa penambahbaikan kemudahan asas seperti air, dan elektrik akan menjadi keutamaan di kawasan berkenaan, jika diberikan mandat dalam PRN17.
Selain kemudahan asas, Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Usukan itu turut menekankan peningkatan ekonomi melalui program pertanian, perikanan dan penternakan bagi memanfaatkan potensi Usukan.
"Kita mendapati bahawa kawasan Usukan ini berpotensi untuk kita dibangunkan dari segi pertanian, mengaktifkan kawasan-kawasan tanah yang terbiar, menaik taraf kemudahan nelayan, dan begitu juga dengan penternakan," tambah beliau.
Japlin juga komited memastikan belia terlibat secara aktif dalam arus pembangunan ekonomi melalui pelbagai peluang, termasuk industri kecil dan sederhana (IKS).
Pada PRN Sabah ke-17, Japlin antara lain dicabar bekas Ketua Menteri Sabah yang juga penyandang, Datuk Seri Salleh Said Keruak, mewakili Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majlis (Parti Warisan).
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Saingan DUN Usukan
#Calon GRS PRN Sabah
#Politik Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan