POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Calon Parti Kebangsaan Sabah dikejar ke hospital
Dusi dibawa ke Hospital Tuaran menaiki ambulans untuk pemeriksaan lanjut. - Gambar/ Astro AWANI
TUARAN: Seorang calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Dusi Gingging daripada Parti Kebangsaan Sabah, dikejarkan ke hospital selepas dipercayai mengalami masalah kesihatan semasa proses penamaan calon di Dewan Seri Sulaman, di sini, pagi ini.
Ringkasan AI
Dusi sebelum itu dibantu oleh dua calon lain, masing-masing doktor perubatan iaitu Dr Joseph Lee (Parti Warisan) dan Dr Shahnon Rizal Thaijuddin (Barisan Nasional).
Beliau dibawa ke Hospital Tuaran menaiki ambulans untuk pemeriksaan lanjut.
Astro AWANI akan mendapatkan perkembangan terkini keadaan beliau dari semasa ke semasa.
DUN Kiulu menyaksikan saingan lapan penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan berlangsung pada 29 November ini.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Calon DUN Kiulu, Dusi Gingging dari Parti Kebangsaan Sabah, dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan semasa penamaan calon di Dewan Seri Sulaman, Tuaran.
- Dusi dibantu oleh dua calon lain, Dr Joseph Lee (Parti Warisan) dan Dr Shahnon Rizal Thaijuddin (Barisan Nasional) sebelum dibawa ke Hospital Tuaran untuk pemeriksaan lanjut.
- Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 di DUN Kiulu menyaksikan pertandingan lapan penjuru dan berlangsung pada 29 November; perkembangan kesihatan Dusi dijangka dipantau dengan teliti.
Dusi sebelum itu dibantu oleh dua calon lain, masing-masing doktor perubatan iaitu Dr Joseph Lee (Parti Warisan) dan Dr Shahnon Rizal Thaijuddin (Barisan Nasional).
Beliau dibawa ke Hospital Tuaran menaiki ambulans untuk pemeriksaan lanjut.
Astro AWANI akan mendapatkan perkembangan terkini keadaan beliau dari semasa ke semasa.
DUN Kiulu menyaksikan saingan lapan penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan berlangsung pada 29 November ini.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
#PRN Sabah 2025
#senarai calon PRN Sabah
#Calon DUN Kiulu
#Dusi Gingging
#calon dikejar ke hospital
#Calon PRN Sabah 2025