POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Calon PH DUN Silam umum tarik diri
Abdul Halim berikrar untuk terus menyumbang dalam pembangunan kawasan tersebut walaupun tidak bertanding. - Foto Abdul Halim Sidek Gulam Hassan
LAHAD DATU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.62 Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan, hari ini mengumumkan penarikan diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17.
Ringkasan AI
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pagi tadi, Abdul Halim menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas pertimbangan mendalam dan perbincangan teliti bersama kepimpinan tertinggi PH.
Beliau menegaskan bahawa keputusan itu adalah atas kehendak peribadi, tanpa sebarang tekanan atau pengaruh daripada mana-mana pihak luar.
“Langkah ini diambil demi menjaga keharmonian serta hubungan baik antara PH dan rakan kerjasama politik di Sabah,” katanya.
Walaupun tidak lagi bertanding, Abdul Halim menegaskan komitmennya untuk terus memperjuangkan kebajikan rakyat Silam dan Lahad Datu.
Beliau berikrar untuk terus menyumbang dalam apa jua kapasiti demi pembangunan kawasan tersebut serta memastikan suara rakyat terus didengari.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan PH, jentera parti, ahli-ahli serta para penyokong di Silam dan Lahad Datu atas sokongan yang diberikan selama ini.
Sebelum ini, pencalonan Abdul Halim mencetuskan sedikit kejutan apabila beliau menawarkan diri bertanding, sekali gus menyaksikan pertembungan dengan calon Parti GRS, Datuk Mizma Appehdullah, di kerusi DUN Silam.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Abdul Halim Sidek Gulam Hassan, calon Pakatan Harapan (PH) DUN N.62 Silam, tarik diri daripada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 atas kehendak peribadi.
- Keputusan penarikan diri tersebut dibuat selepas pertimbangan dan perbincangan bersama kepimpinan tertinggi PH tanpa tekanan luar.
- Abdul Halim tetap komited untuk memperjuangkan kebajikan rakyat Silam dan Lahad Datu, serta berikrar untuk terus menyumbang dalam pembangunan kawasan tersebut walaupun tidak bertanding.