POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Chaya yakin sokongan BN di Kukusan kembali pulih, tekad tebus kekalahan tipis PRN16
Chaya optimis peluang kemenangannya semakin cerah selepas melihat peningkatan ketara sokongan pengundi sejak hari pertama berkempen. - Gambar Astro AWANI
TAWAU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan, Chaya Sulaiman optimis peluang kemenangannya semakin cerah selepas melihat peningkatan ketara sokongan pengundi sejak hari pertama berkempen.
Ujarnya, momentum kempen selama lima hari jelas menunjukkan perubahan arus sokongan di lapangan, apabila BN menerima respons positif daripada pengundi pelbagai peringkat usia.
Perkembangan ini, kata beliau, termasuk golongan muda yang dilihat semakin terbuka untuk kembali memberi mandat kepada BN pada PRN Sabah ke-17.
“Setelah lima hari berkempen… saya nampak potensi untuk menang itu ada, cuma perlukan sedikit kerja keras, Insya-Allah.
“Yang 40 tahun ke atas jelas menyokong, dan anak-anak muda pun kita nampak ada keyakinan kepada BN untuk memenangkan calon BN pada kali ini,” katanya.
Mengulas mengenai kekalahannya di PRN16 pada 2020, tewas hanya 10 undi kepada Datuk Rina Jainal, Chaya berkata, faktor pandemik COVID-19 ketika itu memberi kesan besar terhadap penyokongnya keluar mengundi.
Menurutnya, sekatan pergerakan dan kekangan kesihatan ketika itu menyebabkan sebahagian penyokong tegar tidak dapat hadir ke pusat mengundi.
“Kalau kita lihat dulu itu time COVID… mungkin ada pengundi yang kita kategorikan penyokong tetapi tidak dapat mengundi.
“Jadi mungkin kekalahan itu disebabkan beberapa orang pengundi kita tidak dapat bersama kita kerana kekangan COVID.
“Tapi Insya-Allah tahun ini, bila kita nampak sokongan dari hari ke hari, kalau kita bekerja keras dan dapat menyantuni lebih ramai pengundi, kita boleh menang,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Chaya turut menggariskan beberapa aspirasi untuk Kukusan sekiranya diberi mandat pada 29 November ini, antaranya menjadikan kawasan itu sebagai hab pendidikan dan pelancongan baharu.
Beliau berkata, kawasan Kalabakan dan Kukusan mempunyai keluasan tanah serta potensi pembangunan yang besar, sekali gus membuka ruang untuk membawa institusi pendidikan tinggi seperti kolej komuniti atau Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke kawasan tersebut.
“Ada kemungkinan kita wujudkan kolej komuniti atau UiTM… sebab kita lihat di daerah Tawau kebanyakan pembangunan pendidikan tertumpu di situ, bukan di Kalabakan.
“Kalau boleh kali ini kita mahu bawa pendidikan ke kawasan Kalabakan kerana kita mempunyai tanah luas dan potensi untuk jadikan Kukusan sebagai hab pendidikan dan juga pelancongan,” jelasnya.
Menerusi saingan di DUN Kukusan, Chaya bakal berentap dengan sembilan calon lain termasuk adik kandungnya, Ma’mun Sulaiman, yang bertanding atas tiket Warisan.
Chaya kembali bersaing buat kali kedua bagi kerusi itu selepas tewas kepada penyandang, Rina pada 2020, yang turut kembali mempertahankan kerusi DUN tersebut atas tiket Bebas.
Pada PRN16, DUN Kukusan dimenangi Rina, yang ketika itu mewakili Warisan dengan memperoleh 2,834 undi dengan 10 majoriti dalam saingan tujuh penjuru.
Manakala Chaya yang turut bertanding atas tiket BN, berdepan kekalahan tipis dengan memperoleh 2,824 undi dengan peratusan direkodkan sebanyak 41.40 peratus.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini