POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Dakwa kena ‘prank' oleh Jeffrey Kitingan, Ketua Pemuda STAR nekad jadi calon bebas
Jordan berkata, beliau mengambil keputusan untuk bertanding di bawah tiket Bebas untuk kerusi DUN Tulid. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Exco Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku Sabah (STAR), Jordan Jude Ellron pada Rabu mengumum peletakan jawatan, termasuk sebagai Ketua Bahagian Nabawan, serta-merta.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu, Jordan berkata, keputusan itu dibuat atas dakwaan Presiden STAR, Datuk Jeffrey Kitingan tidak menunaikan janji untuk memberi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid kepadanya seperti yang dipersetujui pada Oktober lalu.
Menurutnya, Jeffrey juga tidak menunaikan janji untuk memperuntukkan walau satu kerusi DUN kepada Exco Wiramuda STAR, menyebabkan beliau hilang kepercayaan terhadap arah tuju parti.
“Presiden telah mengumumkan bahawa saya sebagai Ketua Exco Wiramuda STAR bakal menjadi calon untuk DUN Sabah N.44 Tulid di Sokid Villa pada bulan Oktober dan disahkan oleh Mesyuarat Biro Politik yang juga dianggotai lapan pimpinan tertinggi dalam parti.
“Namun, bahan kempen telah saya belikan dan deposit pencalonan telah dibayar. Dengan itu, bahan kempen saya seperti baju, bendera, saya ikhlas derma kepada bakal-bakal calon dalam STAR. Belum tentu, orang lain dapat buat sebegitu.
“Tidak lama lagi, Timbalan Exco Wiramuda STAR iaitu Razidin Robert, pun diumumkan secara umum dua kali, untuk bertanding di N.40 Bingkor. Pertama kali di Sokid Villa, kali kedua, pelancaran jentera Kiulu dan disahkan oleh Biro Politik. Namun tidak ditunaikan juga,” tambahnya.
Awal hari ini, Jeffrey mengumumkan bahawa STAR akan bertanding di 40 daripada 73 kerusi DUN Sabah, namun hanya mendedahkan 29 nama dalam majlis pengumuman tersebut.
Presiden itu akan terus mempertahankan DUN Tambunan, kerusi yang telah beliau sandang selama dua penggal.
Dalam pada itu, Jordan berkata, beliau mengambil keputusan untuk bertanding di bawah tiket Bebas untuk kerusi DUN Tulid.
“Ada yang memberikan nasihat supaya bersabar dan tunggu parlimen. Jawapannya, apa perasaan jikalau saya yang tanam benih, tapi orang lain yang menuai? Tiada cara lain lagi untuk pilihan raya ini.
“Saya meletak jawatan kerana saya sanggup berkorban supaya Presiden membuka mata dan tidak membuat langkah yang sama dengan generasi akan datang. Biarlah berlaku dengan saya, tapi jangan dengan generasi yang selepas saya,” ujarnya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Jordan Jude Ellron, Ketua Exco Wiramuda STAR, meletakkan jawatan serta-merta sebagai tanda tidak puas hati terhadap Presiden STAR, Datuk Jeffrey Kitingan yang tidak memenuhi janji untuk memberi kerusi DUN Tulid kepadanya seperti yang dipersetujui sebelum ini.
- Di samping itu, Jordan juga menyatakan kekecewaannya kerana Jeffrey tidak memperuntukkan sebarang kerusi DUN kepada Exco Wiramuda STAR, menyebabkan hilangnya kepercayaan beliau terhadap parti itu.
- Jeffrey pula telah mengumumkan bahawa STAR akan bertanding di 40 daripada 73 kerusi DUN Sabah, tetapi hanya mendedahkan 29 nama calon dalam majlis pengumuman tersebut, manakala beliau sendiri akan bertanding di DUN Tambunan. Jordan pula akan bertanding di bawah tiket Bebas untuk kerusi DUN Tulid sebagai tindakan lanjutan.
Dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu, Jordan berkata, keputusan itu dibuat atas dakwaan Presiden STAR, Datuk Jeffrey Kitingan tidak menunaikan janji untuk memberi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid kepadanya seperti yang dipersetujui pada Oktober lalu.
Menurutnya, Jeffrey juga tidak menunaikan janji untuk memperuntukkan walau satu kerusi DUN kepada Exco Wiramuda STAR, menyebabkan beliau hilang kepercayaan terhadap arah tuju parti.
“Presiden telah mengumumkan bahawa saya sebagai Ketua Exco Wiramuda STAR bakal menjadi calon untuk DUN Sabah N.44 Tulid di Sokid Villa pada bulan Oktober dan disahkan oleh Mesyuarat Biro Politik yang juga dianggotai lapan pimpinan tertinggi dalam parti.
“Namun, bahan kempen telah saya belikan dan deposit pencalonan telah dibayar. Dengan itu, bahan kempen saya seperti baju, bendera, saya ikhlas derma kepada bakal-bakal calon dalam STAR. Belum tentu, orang lain dapat buat sebegitu.
“Tidak lama lagi, Timbalan Exco Wiramuda STAR iaitu Razidin Robert, pun diumumkan secara umum dua kali, untuk bertanding di N.40 Bingkor. Pertama kali di Sokid Villa, kali kedua, pelancaran jentera Kiulu dan disahkan oleh Biro Politik. Namun tidak ditunaikan juga,” tambahnya.
Awal hari ini, Jeffrey mengumumkan bahawa STAR akan bertanding di 40 daripada 73 kerusi DUN Sabah, namun hanya mendedahkan 29 nama dalam majlis pengumuman tersebut.
Presiden itu akan terus mempertahankan DUN Tambunan, kerusi yang telah beliau sandang selama dua penggal.
Dalam pada itu, Jordan berkata, beliau mengambil keputusan untuk bertanding di bawah tiket Bebas untuk kerusi DUN Tulid.
“Ada yang memberikan nasihat supaya bersabar dan tunggu parlimen. Jawapannya, apa perasaan jikalau saya yang tanam benih, tapi orang lain yang menuai? Tiada cara lain lagi untuk pilihan raya ini.
“Saya meletak jawatan kerana saya sanggup berkorban supaya Presiden membuka mata dan tidak membuat langkah yang sama dengan generasi akan datang. Biarlah berlaku dengan saya, tapi jangan dengan generasi yang selepas saya,” ujarnya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah sebab utama Jordan Jude Ellron meletakkan jawatan sebagai Ketua Exco Wiramuda STAR?
A: Jordan meletakkan jawatan kerana Presiden STAR, Datuk Jeffrey Kitingan tidak menunaikan janji untuk memberi kerusi DUN Tulid kepadanya seperti yang dipersetujui sebelum ini. - Q: Berapakah jumlah kerusi DUN Sabah yang STAR akan bertanding dalam pilihan raya?
A: STAR akan bertanding di 40 daripada 73 kerusi DUN Sabah, tetapi hanya 29 nama calon diumumkan dalam majlis pengumuman yang dijalankan oleh Presiden STAR. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Jordan setelah meletakkan jawatan?
A: Jordan mengambil keputusan untuk bertanding di bawah tiket Bebas untuk kerusi DUN Tulid setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Exco Wiramuda STAR.