POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Dr Andi korbankan jawatan Pengarah Hospital demi perjuangan di Tanjung Batu
Meletakkan jawatan Pengarah Hospital Lahad Datu semata-mata kerana politik merupakan pengorbanan besar dibuat Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal. - Gambar Astro AWANI
TAWAU: Keputusan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Hospital Lahad Datu bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu merupakan satu pengorbanan besar dalam hidupnya, kata Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu, Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal.
Mengakui ia bukan keputusan mudah, Dr Andi berkata, langkah itu dibuat demi meneruskan perjuangannya dalam dunia politik yang telah diceburi sejak lebih sedekad lalu.
“Ini merupakan satu pengorbanan yang sangat besar bagi saya, namun, perkara ini bukan luar biasa kerana saya sudah pun berkecimpung dalam dunia politik sejak 2012.
"(Perkhidmatan) saya (dalam dunia politik) hanya terhenti seketika apabila saya menjadi Pengarah Hospital kerana sudah pasti saya tidak boleh ke hadapan.
“Namun begitu, saya sentiasa berada di lapangan untuk kerja-kerja NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan CSR (tanggungjawab sosial korporat). Jadi pengorbanan peribadi ini sangat besar, tetapi inilah nilai perjuangan yang perlu saya korbankan,” katanya.
Mengulas mengenai reaksi keluarga terhadap penyertaannya dalam PRN kali ini, Dr Andi berkata, sokongan yang diterima amat positif termasuk daripada saudara sepupunya sendiri yang juga penyandang kerusi tersebut, Datuk Andi Suryady Bandy.
“Reaksi keluarga sangat positif dan mereka sangat menyokong. Saya juga menerima restu daripada YB Datuk Andi Suryady untuk meneruskan perjuangan.
“Pada pendapat beliau, saya mempunyai kemampuan dan pengalaman mentadbir organisasi sebelum ini, dan beliau yakin saya mampu memajukan Tanjung Batu,” jelasnya lagi.
Dr Andi sebelum ini memegang beberapa jawatan penting termasuk Pengarah Hospital Lahad Datu (2021–2025), Pengarah Hospital Ranau (2019–2021) serta Pegawai Perubatan di Hospital Tawau dari tahun 2011 hingga 2019.
Pada PRN kali ini, Dr Andi bakal berdepan empat calon lain iaitu Ayuf Abd Rahman (Warisan), Ahmad Dullah (PN), Samasuddin Yusop (BN) dan Zanudin Mingo (PIS).
Pada PRN ke-16 lalu, kerusi Tanjung Batu dimenangi Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy yang juga Ahli Parlimen Kalabakan mewakili BN dengan 4,728 undi, mencatat majoriti selesa 2,123 undi dalam saingan enam penjuru.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini