POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Dua bekas rakan separti bertembung di Elopura, Fui Fui yakin pengalaman jadi kelebihan
Fui Fui berdepan persaingan tujuh penjuru termasuk bekas rakan parti Calvin Chong dan Vivian Wong, namun yakin pengundi fokus pada individu. - Astro AWANI
SANDAKAN: Calon KDM bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura, Liau Fui Fui, menyifatkan saingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sebagai cukup mencabar, namun percaya peluang tetap wujud berikutan kecenderungan pengundi yang menilai kemampuan individu berbanding parti.
Ringkasan AI
Fui Fui berkata, persaingan di Elopura dijangka sengit susulan bekas rakan separtinya, Calvin Chong Ket Kiun daripada Warisan, serta Ahli Parlimen Sandakan yang juga calon DAP, Vivian Wong akan bersaing di kerusi itu.
“Elopura memang bukan satu pilihan yang senang dan ia cukup mencabar. Ramai yang telah umumkan bertanding di kawasan ini.
“Tetapi saya lihat ada peluang kerana pengundi kali ini lebih melihat kepada individu,” katanya.
Selain itu, Fui Fui yang juga bekas Setiausaha Organisasi DAP Sabah menambah, keyakinan itu hadir daripada pengalamannya selama lapan tahun dalam arena politik sejak menyertai DAP pada 2017, ketika parti itu masih pembangkang sebelum perubahan kerajaan pada 2018.
Sepanjang tempoh itu, Fui Fui pernah berkhidmat di beberapa kementerian bersama pimpinan utama parti, termasuk bersama Datuk Frankie Poon di Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.
Malah ujarnya, sejak enam bulan lalu, beliau sudah mula berkhidmat di Elopura dan turun padang bertemu penduduk bagi memahami isu setempat.
“Selama lapan tahun ini saya ada kad laporan yang boleh saya tunjukkan.
“Walaupun saya berkhidmat di Tanjung Papat, banyak kerja saya boleh dilihat di Sandakan. Elopura juga ‘jiran’ Tanjung Papat, jadi penduduk di sini tahu apa yang saya lakukan.
“Daripada suara penduduk, saya percaya mereka boleh memberi kepercayaan kepada saya dalam pilihan kali ini,” katanya lagi.
Mengulas saingannya menentang dua bekas rakan parti Calvin Chong dan Vivian Wong, Fui Fui menegaskan persaingan itu harus dilihat sebagai medan sihat untuk menilai kemampuan calon.
“Sejak 2017, saya, Calvin dan Vivian sudah saling mengenali. Dalam pilihan raya, kita bertanding secara sihat, tunjukkan kemampuan masing-masing dan biar rakyat pilih siapa yang benar-benar boleh bekerja untuk mereka,” katanya.
PRN Sabah kali ini menyaksikan saingan tujuh penjuru di Dun Elopura melibatkan Jeffery Cheung (PIS), Calvin Chong (Warisan), Lita Tan Abdullah (Bebas), Mohd Firdaus@Silvester Abdullah (PN), Liau Fui Fui (KDM), Wong Hon Kong (PPRS) dan Vivian Wong (DAP).
Penyandang kerusi Dun Elopura, Calvin Chong akan bertanding mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga selepas meraih kemenangan penggal pertama bersama DAP dengan mencatat 12,219 undi dan 6,647 majoriti.
Manakala PRN16, Calvin Chong berjaya mempertahankan kerusi itu atas tiket Warisan dalam saingan enam penjuru dengan memperoleh 10,871 undi dan 7,638 majoriti.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Fui Fui berdepan persaingan tujuh penjuru termasuk bekas rakan parti Calvin Chong dan Vivian Wong, namun yakin pengundi fokus pada individu.
- Dengan lapan tahun pengalaman politik dan khidmat aktif di Elopura sejak enam bulan lalu, Fui Fui tampil dengan rekod kerja yang boleh dinilai.
- Beliau menekankan persaingan sihat antara calon sebagai ruang untuk rakyat menilai siapa yang benar-benar mampu berkhidmat.