POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: DUN Bongawan berpotensi jadi hab minyak dan gas - Anifah
Anifah berkata, pelbagai manfaat bakal dinikmati warga Bongawan menerusi kewujudan hab minyak dan gas tersebut, antaranya pertumbuhan ekonomi setempat yang pesat - Foto GRS
BONGAWAN: Pembangunan Bongawan sebagai salah satu hab minyak dan gas (OAG) di Sabah akan menjadi antara teras strategik manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kawasan itu, jika diberi mandat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ringkasan AI
Calon GRS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan, Tan Sri Anifah Aman berkata, kawasan itu memiliki potensi memandangkan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) telah diwujudkan hasil usaha beliau semasa menjadi Ahli Parlimen Kimanis sebelum ini.
Jelas beliau, usaha itu mampu direalisasikan susulan pengalaman dan hubungan baik beliau dengan pihak berkaitan, khususnya luar negara, semasa menjawat jawatan Menteri Luar.
"Ia bukan sekadar cadangan politik tetapi perancangan ini adalah satu agenda pembangunan yang saya yakin boleh direalisasikan, berdasarkan pengalaman saya dan potensi dimiliki Bongawan.
“Kita berjaya mewujudkan SOGT di Kimanis yang kini menjadi tonggak industri tenaga di Sabah dan jika ini mampu dilakukan, tidak mustahil Bongawan juga dapat mengulangi kejayaan sama.
"Kita mahu pastikan pembangunan ini bukan lagi sekadar harapan kosong, sebaliknya jika Bongawan dijadikan hab minyak dan gas, rakyat Bongawan akan menjadi penerima manfaat utama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) menambah, pelbagai manfaat bakal dinikmati warga Bongawan menerusi kewujudan hab minyak dan gas tersebut, antaranya pertumbuhan ekonomi setempat yang pesat.
Selain itu, ujar beliau ia juga bakal melonjakkan peluang pekerjaan untuk masyarakat, khususnya anak muda dalam semua keperluan tenaga kerja, secara langsung dan tidak langsung, termasuk perkhidmatan sokongan industri.
Dalam masa sama katanya, inisiatif berkenaan mampu melonjakkan ekonomi serta pemodenan insfrastruktur di Bongawan seperti jalan raya, pelabuhan kecil atau logistik, sistem bekalan air, elektrik dan telekomunikasi yang akan ditingkatkan untuk menyokong hab industri.
"Banyak lagi manfaat daripada usaha ini yang akan menjadikan Bongawan sebagai tumpuan baru di Sabah, malah boleh menjadi zon strategik seperti Bintulu di Sarawak dan Kemaman di Terengganu.
"Ini sekali gus akan mewujudkan identiti baharu kepada Bongawan sebagai pusat industri tenaga Sabah, sekali gus dikenali di peringkat nasional," katanya.
Sehubungan itu, Anifah menyeru sokongan dan mandat rakyat Bongawan untuk PRU17 ini bagi membuktikan aspirasi itu dapat direalisasikan demi kebaikan bersama.
Anifah berdepan pertembungan sembilan penjuru di DUN Bongawan, yang antara pencabarnya ialah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin, yang juga Timbalan Menteri Luar.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Pembangunan Bongawan sebagai hab minyak dan gas di Sabah menjadi fokus manifesto GRS jika menang PRN Sabah ke-17, kata calon DUN Bongawan, Tan Sri Anifah Aman.
- Anifah menegaskan potensi kawasan itu selepas usaha cipta Terminal Minyak dan Gas Sabah di Kimanis, menjanjikan pertumbuhan ekonomi setempat serta peluang pekerjaan untuk warga tempatan.
- Usaha pembangunan ini dijangka melonjakkan ekonomi, pemodenan infrastruktur seperti jalan raya dan pelabuhan, serta menjadikan Bongawan sebagai pusat industri tenaga Sabah.