POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Elak bertindak balas terhadap provokasi, patuhi arahan operasi - Polis
Mohamad Zainal (kiri) menyantuni anggota PDRM pada majlis pelepasan bantuan sumber manusia bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 IPK Sarawak, hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis dari Sarawak yang ditugaskan membantu kawalan keselamatan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 diingatkan tidak bertindak balas terhadap sebarang provokasi.
Ringkasan AI
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata suasana kempen pilihan raya yang biasanya agak panas memerlukan anggota bertugas mengawal emosi dan mengelakkan tindakan reaktif.
"Sentiasalah bertindak berdasarkan undang-undang serta arahan operasi. Setiap inci tindakan anggota polis diperhatikan masyarakat, justeru profesionalisme perlu dikekalkan pada setiap masa," katanya semasa majlis pelepasan bantuan sumber manusia sempena PRN Sabah di IPK Sarawak di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak 903 pegawai dan anggota polis dari Kontinjen Sarawak berlepas ke Sabah hari ini bagi memastikan perjalanan pilihan raya berjalan lancar, teratur dan bebas daripada sebarang masalah.
"Jumlah keseluruhan anggota yang digerakkan ke Sabah adalah 1,031 orang, sebahagian anggota sudah pun berada di Sabah manakala selebihnya berlepas hari ini.
"Semua pegawai dan anggota terbabit telah mengikuti taklimat dan latihan berkaitan undang-undang, prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya serta tugasan keselamatan, selaras dengan amalan setiap kali penugasan PRN," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis Sarawak ditugaskan untuk kawal keselamatan PRN Sabah ke-17, diminta tidak bertindak balas terhadap provokasi.
- Pesuruhjaya Polis Sarawak menekankan perlunya anggota polis mengawal emosi serta menjaga profesionalisme semasa kempen pilihan raya yang panas.
- Sebanyak 903 pegawai dan anggota polis Kontinjen Sarawak berlepas ke Sabah bagi memastikan kelancaran pilihan raya tanpa sebarang masalah keselamatan.