POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Gelombang Hitam akan disusun atur sebagai parti, jadi pilihan utama rakyat - Verdon
Verdon optimis platform Gelombang Hitam kelak mampu menjadi pilihan utama kepada rakyat Sabah pada pilihan raya akan datang. - Foto Astro AWANI
KUDAT: Gerakan Gelombang Hitam merancang membina sebuah platform atau parti politik yang lebih tersusun selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang ditetapkan pada 29 November ini.
Ringkasan AI
Ahli Parlimen Kudat yang juga mengetuai gerakan Gelombang Hitam, Datuk Verdon Bahanda berkata, Gelombang Hitam telah memulakan langkah perjuangan awal, dan asas kukuh perlu dibina melalui kepimpinan yang berprinsip, berintegriti serta bebas rasuah.
Beliau juga optimis platform itu kelak mampu menjadi pilihan utama kepada rakyat Sabah pada pilihan raya akan datang.
"Kita akan transform kepada sebuah gerakan yang lebih teratur melalui parti dengan diperkuatkan melalui individu-individu yang sudah diyakini, di setiap kawasan yang kami tandingi ini sekarang.
"Akhirnya platform ini akan menjadi pilihan utama kepada rakyat, khususnya di Sabah apabila berlaku pilihan raya akan datang sama ada PRU di peringkat Parlimen, mahupun di peringkat DUN," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI, di sini pada Jumaat.
Mengulas soal kesediaan organisasi, Verdon yakin penyusunan parti tidak akan menjadi halangan memandangkan ahli-ahli Gelombang Hitam sudah memiliki kepakaran dan peranan masing-masing sejak awal ia digerakkan.
"Insya-Allah kita akan mempunyai satu struktur yang lebih kuat dan lebih diyakini oleh masyarakat khususnya rakyat di Sabah ini," tambah beliau.
Verdon turut memaklumkan ramai pemimpin parti besar menghubunginya untuk menyertai gerakan tersebut selepas pengumuman 17 calon Gelombang Hitam pada PRN Sabah ke-17.
Beliau menegaskan komitmen terhadap prinsip dan integriti untuk tidak menerima mana-mana pemimpin yang keluar daripada parti pada saat akhir, dan hanya mahu bertanding di bawah Gelombang Hitam.
Bagaimanapun, Verdon yang juga calon Bebas di kerusi DUN Tanjung Kapor berkata Gelombang Hitam tidak menolak untuk menjalin sebarang kerjasama selepas PRN Sabah ke-17.
"Saya tidak menolak untuk bekerjasama dengan siapa saja termasuklah wakil-wakil rakyat ataupun calon-calon Bebas yang menang.
"Saya tidak menutup pintu untuk kita berunding dan kita juga mengharapkan supaya apa sahaja keputusan yang berlaku itu, akhirnya akan menjadikan pemimpin-pemimpin yang menang pada pilihan raya kali ini bersatu hati dan membentuk satu kerajaan yang teguh, dan kukuh demi untuk masa depan Sabah itu sendiri," tambah Verdon.
Gelombang Hitam atau 'Black Wave' meletakkan calon di 17 kerusi DUN pada PRN Sabah ke-17, dengan misi membawa pembaharuan politik dan menyuarakan kepentingan rakyat tanpa dikongkong mana-mana parti.
Antara kerusi yang ditandingi termasuk Tanjung Kapor; Limbahau; Membakut; Inanam; Sugut; Kemabong; Pintasan dan Kepayan.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Gelombang Hitam merancang membina platform atau parti politik yang lebih tersusun selepas PRN Sabah ke-17 pada 29 November ini.
- Platform tersebut diharapkan menjadi pilihan utama rakyat Sabah pada pilihan raya akan datang dengan kepimpinan yang berprinsip, berintegriti, dan bebas rasuah.
- Meskipun Gelombang Hitam menegaskan komitmen terhadap prinsip dan integriti, mereka tidak menolak untuk menjalin kerjasama selepas PRN Sabah ke-17 bagi memastikan pemimpin yang menang bersatu hati demi masa depan Sabah.